Utusan Borneo (Sabah)

Polis tumpas Geng Bhai aktif pecah tapak binaan

-

MELAKA: Polis Melaka menumpaska­n satu kumpulan pecah rumah contoh dan tapak binaan serta mencuri peralatan serta bahan binaan, yang didalangi Geng Bhai melibatkan sembilan kes dengan anggaran kerugian kira-kira RM500,000, sejak Mac tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Afzanizar Ahmad berkata, empat anggota geng berkenaan yang didalangi seorang lelaki warga tempatan berusia 42 tahun dikenali sebagai Bhai, ditahan di dua lokasi berasingan di sekitar daerah itu pada antara 12.20 pagi hingga 12.50 pagi, 3 Jun lepas.

“Tangkapan pertama melibatkan tiga lelaki berusia 21 hingga 45 tahun di sebuah rumah di Taman Desa Cheng Perdana, manakala ketua geng berkenaan iaitu Bhai dan teman wanitanya berusia 22 tahun ditahan di sebuah hotel di Batu Berendam.

“Geng Bhai menyasarka­n tapak binaan yang ditinggalk­an atau tidak beroperasi, khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula sejak Mac tahun lepas dan sebuah rumah contoh di sekitar Tanjung Minyak, Malim dan Tengkera,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini semalam.

Beliau berkata bahan binaan, jentera dan peralatan yang dicuri di tapak tersebut dijual, di pasaran terbuka kepada individu yang berminat dan selain dipercayai turut dijual kepada kedai barangan lusuh.

Katanya, ketua geng berkenaan mempunyai 12 rekod lampau membabitka­n jenayah dan 10 kes membabitka­n dadah, manakala empat lagi ahli geng berkenaan turut mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

Afzanizar berkata, kesemua suspek berkenaan merupakan penganggur dan hasil barangan curi berkenaan digunakan untuk menampung belanja harian serta membeli dadah, dengan kesemua ahli geng tersebut direman selama 12 hari bermula 3 Jun, bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana kesalahan pecah masuk.

Dalam kes berasingan beliau berkata, tiga remaja berusia 15 dan 16 tahun ditahan, selepas cuba meloloskan diri di sekatan jalan raya di Jalan Bukit Baru-Duyong pada Sabtu lepas.

Katanya dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pemandu kenderaan itu yang merupakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang tidak mempunyai lesen, memandu sebuah Mitsubishi Triton bersama dua rakannya yang berusia 15 dan 16 tahun.

“Mereka dari Bukit Larang dan sebaik melihat SJR di jalan berkenaan, bertindak membuat pusingan untuk melarikan diri ke arah Kampungku Sayang, namun kenderaan tersebut dikejar anggota polis bertugas serta beberapa amaran dikeluarka­n kepada remaja berkenan, sebelum mereka berjaya ditahan di Jalan Haji Ghaus Kampung Balik Bukit, kirakira 10 kilometer dari tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata tiga remaja lelaki berkenaan ditahan dan dikompaun masing-masing sebanyak RM3,000 seorang kerana keluar tanpa tujuan munasabah dalam tempoh PKP, dan menaiki kenderaan persendiri­an melebihi dua orang dalam tempoh PKP.

Katanya, pemilik kenderaan yang juga bapa saudara kepada remaja yang memandu kenderaan itu turut dikompaun di bawah Seksyen 26(1)B Akta Pengangkut­an Jalan 1987, kerana membenarka­n seseorang memandu tanpa lesen. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Afzanizar (kanan) menunjukka­n antara peralatan yang dirampas daripada Geng Bhai yang aktif melakukan jenayah pecah tapak binaan di Melaka, pada sidang akhbar di Melaka semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Afzanizar (kanan) menunjukka­n antara peralatan yang dirampas daripada Geng Bhai yang aktif melakukan jenayah pecah tapak binaan di Melaka, pada sidang akhbar di Melaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia