Utusan Borneo (Sabah)

Polis menumpaska­n kegiatan pelacuran wanita warga asing

-

KUALA LUMPUR: Polis menumpaska­n satu kegiatan pelacuran menggunaka­n khidmat wanita warga asing dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Setapak Indah, di sini kelmarin.

Dalam serbuan pada 9 malam itu, polis menahan lelaki dan perempuan warga tempatan masing-masing berusia 45 dan 34 tahun serta sembilan wanita warga asing disyaki menawarkan perkhidmat­an seks.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Nasri Mansor berkata turut ditahan tujuh lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Bangladesh dipercayai pelanggan yang berada di premis berkenaan.

“Siasatan mendapati pelanggan diarah memasuki bangunan berkenaan melalui pintu belakang. Pintu hadapan pula sentiasa ditutup bagi mengaburi pandangan mata pihak berkuasa kononnya premis tersebut tidak beroperasi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Nasri berkata turut dirampas dalam serbuan itu 21 kondom, tiga tuala, dua botol minyak pelincir dan wang tunai RM400.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 dan 272B Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 55B serta Seksyen 55E akta yang sama selain kompaun turut dikeluarka­n mengikut Peraturan 17 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia