Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda lari dari SJR panik lesen memandu tamat tempoh

-

SEPANG: Akibat panik kerana lesen memandu telah tamat tempoh, seorang pemuda bertindak melarikan diri ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di KM47.8 Lebuhraya Damansara-Puchong dari arah Puchong Cyberjaya ke Dengkil, Sabtu lepas.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, lelaki berusia 21 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Lexus berwarna hitam, tidak memberhent­ikan kenderaan apabila diarahkan oleh polis sebaliknya memecut laju dan hampir melanggar anggota bertugas di SJR tersebut.

Perbuatan lelaki berkenaan yang tidak memberhent­ikan kenderaan ketika melalui SJR itu, telah dirakam oleh pengguna jalan raya dan video berdurasi 30 saat memaparkan kejadian itu telah tersebar di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, susulan tersebarny­a video kejadian itu, seorang lelaki berusia 31 tahun yang merupakan pemilik kenderaan terbabit, telah hadir ke Balai Polis Trafik Sepang pada jam 6.30 petang kelmarin bagi membantu siasatan dan memaklumka­n ketika kejadian, kereta tersebut dipandu adiknya yang berusia 21 tahun.

“Takut dimarahi abangnya kerana memandu kenderaan dengan lesen tamat tempoh punca tidak berhenti semasa pemeriksaa­n,” katanya lagi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia