Utusan Borneo (Sabah)

Projek KVDT2: Dhaya Maju LTAT tarik balik saman terhadap kerajaan, Wee Ka Siong

-

KUALA LUMPUR: Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd semalam menarik balik samannya terhadap kerajaan dan Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berhubung kontrak bagi projek menaik taraf kemudahan infrastruk­tur Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2).

Perkara itu dimaklumka­n Peguam Kanan Persekutua­n Asliza Ali ketika dihubungi pemberita selepas prosiding pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aliza Sulaiman yang turut disertai peguam Laarnia Rajandran mewakili Dhaya Maju LTAT.

“Mahkamah membenarka­n saman itu ditarik balik tanpa kebebasan untuk plaintif (Dhaya Maju) memfailkan semula saman baharu dan tiada perintah mengenai kos,” kata Asliza yang mewakili kerajaan dan Wee selaku defendan.

Sementara itu, peguam Khoo Guan Huat yang juga mewakili Dhaya Maju LTAT ketika dihubungi berkata pihaknya menarik balik saman itu berikutan anak guamnya juga telah memfailkan saman berhubung isu sama yang didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lim Chong Fong.

Pada 7 Sept tahun lepas, Dhaya Maju LTAT menfailkan saman terhadap kerajaan dan Wee, antara lain memohon bagi mendapatka­n satu deklarasi bahawa terdapat kontrak yang sah dan mengikat antara syarikat itu dengan kerajaan, menerusi satu surat penerimaan bertarikh 19 Ogos 2019.

Syarikat itu turut memohon satu deklarasi bahawa sebarang pembatalan atau pemberhent­ian kontrak oleh defendan akan menjadi tidak sah, melanggar undang-undang, dan salah; selain satu injunksi terhadap kedua-dua defendan bagi menghalang dan menyekat mereka daripada mengambil tindakan atau mengambil langkah yang berkaitan dengan sebarang pembatalan kontrak.

Projek tersebut mendapat perhatian ramai selepas Menteri kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengeluark­an senarai 101 projek diberikan secara rundingan terus yang bernilai RM6.61 bilion semasa pentadbira­n Pakatan Harapan (PH), termasuk projek KVDT2 yang diberi kepada Dhaya Maju LTAT bernilai RM4.475 bilion.

Pada 28 Ogos tahun lepas, Wee dalam satu kenyataan berkata kementeria­nnya akan membuka semula tender bagi projek KVDT selepas mengambil kira keputusan kajian menyeluruh dan siasatan yang mendapati kos projek yang dimaksudka­n di bawah Dhaya Maju LTAT terlalu mahal semasa di bawah pentadbira­n PH. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia