Utusan Borneo (Sabah)

Djokovic juarai Grand Slam ke-19 dalam kerjaya

-

PARIS: Novak Djokovic meraih kejuaraan Grand Slam yang ke-19 dalam kerjayanya dan menjadi pemain pertama dalam tempoh 52 tahun yang memenangi kesemua empat kejohanan Grand Slam pada satu masa buat kali kedua apabila bangkit dari ketinggala­n 0-2 sebelum menewaskan Stefanos Tsitsipas di final Terbuka Perancis pada Ahad.

Pemain ranking nombor satu dunia itu menang 6-7 (6/8), 2-6, 6-3, 6-2 dan 6-4 dalam masa empat jam dan 11 minit ketika menentang lawan berusia 22 tahun dari Greece, yang bermain di final pertama kejohanan Grand Slam.

Jaguh Serbia itu kini kurang satu kejuaraan untuk menyamai rekod 20 kejuaraan Grand Slam, yang dipegang bersama oleh Roger Federer dan Rafael Nadal.

Ia adalah kejuaraan Terbuka Perancis yang kedua buat Djokovic selepas 2016 dan menambah kepada sembilan kejuaraann­ya di Terbuka Australia, lima di Wimbledon dan tiga di Terbuka Amerika (AS).

Pemain berusia 34 tahun itu adalah pemain pertama sejak Rod Laver pada 1969, yang memenangi kesemua empat kejohanan Grand Slam pada satu masa lebih dari sekali dan juga pemain ketiga melakukann­ya dalam sejarah sukan tenis.

Djokovic menghabisk­an lebih dari empat jam dalam gelanggang pada Jumaat lepas untuk menewaskan juara bertahan Nadal.

“Ia adalah suasana yang hebat. Saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang bersama saya dalam perjalanan ini,” kata Djokovic.

“Saya bermain hampir sembilan jam dalam 48 jam terakhir menentang dua juara hebat, ia benar-benar sukar dari segi fizikal dalam tiga hari terakhir tetapi saya percaya dengan kemampuan saya dan saya tahu saya boleh melakukann­ya.”

Djokovic adalah pemain pertama memenangi satu kejohanan Grand Slam dengan dua kali bangkit dari ketinggala­n dua set selepas turut ketinggala­n dua set ketika menentang pemain remaja Itali, Lorenzo Museti di pusingan 16 akhir.

Djokovic sekarang sudah memiliki 84 kejuaraan sepanjang kerjayanya sementara kemenangan pada Ahad meletakkan beliau diambang perolehan hadiah kemenangan sejumlah 150 juta dolar.

Seterusnya, beliau akan memburu satu lagi rekod Grand Slam, yang hanya dicapai dalam sukan tenis lelaki oleh Don Budge pada 1937 dan Laver pada 1962 dan 1966, dengan mempertaha­nkan kejuaraan Wimbledon dan kemudian memenangi kejuaraan Terbuka AS yang keempatnya.

Selain dari itu, Djokovic juga mahukan pingat emas perseorang­an lelaki di Sukan Olimpik di Tokyo untuk melengkapk­an Grand Slam emas yang pertama oleh seorang pemain tenis lelaki.

“Sasaran beliau dan sasaran kami ialah untuk memenangi Sukan Olimpik dan kemudian kejuaraan Grand Slam,” kata jurulatihn­ya, Marian Vajda.

Tsitsipas sementara itu berkata beliau kini mendapat inspirasi untuk mengikuti jejak Djokovic.

“Saya mempunyai pencapaian yang baik di sini, jadi saya tetap gembira dengan diri saya,” kata Tsitsipas.

“Novak menunjukka­n beliau seorang juara yang hebat dan saya berharap suatu hari nanti untuk mempunyai separuh dari apa yang beliau capai.

“Saya mencuba sebaik mungkin. Saya mempunyai pencapaian yang baik di sini.”

Tsitsipas bermula dengan memberangs­angkan dan beliau bernasib baik untuk memenangi permainan tiebreak untuk mengutip mata pertama.

Jaguh Greece itu mengekalka­n rentak yang sama untuk mengutip mata kedua dan mengintai kejuaraan Grand Slam yang pertamanya.

Namun, pengalaman mengatasi segala-galanya dan penampilan pertama di final kejohanan Grand Slam juga mula memberi kesan kepada Tsitsipas.

Djokovic melancarka­n kebangkita­n luar biasa untuk memenangi tiga set berikutnya dan meraih satu lagi sejarah yang memberangs­angkan. — AFP

 ??  ?? DJOKOVIC
DJOKOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia