Utusan Borneo (Sabah)

Mbappe ‘terkesan’ dengan kritikan awam

-

PARIS: Kylian Mbappe mengakui beliau ‘terkesan’ dengan komen awam berpunca dari kritikan dari rakan penyerangn­ya, Olivier Giroud selepas perlawanan persahabat­an menentang Bulgaria tetapi menegaskan beliau tidak mahu ia menjadi gangguan untuk Perancis di Euro 2020.

Ketegangan muncul di antara dua pemain itu selepas Giroud mengadu tidak menerima cukup bola ketika Perancis menewaskan Bulgaria 3-0, di mana beliau menjaringk­an dua gol.

“Saya sedikit terkesan tetapi kami tidak akan menjadikan ia satu isu besar,” kata Mbappe ketika memberitah­u wartawan di pusat latihan pasukan di Clairefont­aine.

“Kami di sini untuk mewakili Perancis dan pasukan adalah apa yang paling penting. Kami mempunyai pertanding­an besar dan perkara kecil ini tidak akan mengganggu persediaan kami.”

Mbappe, penjaring terbanyak Ligue 1 Perancis musim lepas dengan 27 gol, mendedahka­n bahawa beliau mahu menangani isu itu pada awal minggu tetapi dilarang oleh jurulatih Perancis, Didier Deschamps.

“Saya mahu datang pada sidang media (Khamis) untuk menjelaska­n diri saya. Selepas bercakap dengan jurulatih, ia adalah bukan masa terbaik,” kata penyerang berusia 22 tahun itu.

“Beliau membuat keputusan hari terbaik adalah hari ini, jadi saya melakukan apa yang diberitahu dan datang pada (sidang media) hari ini.”

Penyerang kelab Paris Saint Germain (PSG) itu mendakwa ia bukan apa yang Giroud katakan menjengkel­kannya, tetapi komen dari orang ramai tentang katakata beliau.

“Saya bertemu dengan Olivier dalam bilik persalinan, mengucapka­n tahniah di atas golnya. Beliau tidak berkata apa-apa dan kemudian saya mengetahui­nya dari media.

“Saya lebih suka beliau datang dan bercakap mengenainy­a dalam bilik persalinan. Jika saya mempunyai sesuatu untuk diluahkan, saya akan memberitah­u mereka dalam bilik persalinan.”

Tetapi Mbappe mahu menamatkan sebarang permasalah­an menjelang perlawanan pembukaan mereka di Euro 2020 menentang Jerman di Munich pada hari ini.

“Saya tidak mahu mengganggu pasukan. Kami sudah mempunyai ujian yang sukar (menentang Jerman), kami tidak perlu menjadikan ia lebih sukar.”

Giroud, 34, adalah penjaring kedua terbanyak Perancis dengan 46 gol, di belakang Thierry Henry yang menjaringk­an 51 gol.

Perancis memiliki jentera serangan yang hebat dengan kepulangan Karim Benzema selepas lima bulan disisihkan, selain turut mempunyai Antoine Griezmann.

Perancis akan menentang Hungary di Budapest pada perlawanan kedua mereka dalam Kumpulan F sebelum menentang juara bertahan, Portugal di Puskas Arena pada 18 Jun, mirip final Euro 2016 yang dimenangi Portugal. — AFP

 ??  ?? MBAPPE
MBAPPE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia