Utusan Borneo (Sabah)

Brazil belasah Venezuela 3-0 dalam aksi pembukaan Copa Amerika

-

BRASÍLIA: Penyerang bintang, Neymar, menjaringk­an penalti dan mengumpan gol kedua ketika pasukan tuan rumah Brazil menewaskan Venezuela 3-0 pada perlawanan pembukaan Copa Amerika 2021 pada Ahad.

Pemain pertahanan tengah, Marquinhos, membuka jaringan pada pertengaha­n separuh masa pertama dan Gabriel melengkapk­an jaringan seminit sebelum tamat permainan.

Pada kejohanan yang tertangguh setahun dan dipindahka­n dari tuan rumah asal – Argentina dan Colombia – kerana pandemik COVID-19, ia tidak dapat dielak bahawa COVID-19 mencuri perhatian sebelum sepak mula kejohanan.

Berlangsun­g di Stadium Mane Garrincha di Brasilia tanpa penonton kerana sekatan pergerakan COVID-19, Brazil tidak menghadapi masalah menentang pasukan kerdil di benua Amerika Selatan itu, yang tiba pada kejohanan ini dengan ‘skuad kedua’ selepas kehilangan lapan pemain yang tidak dapat dibawa bersama selepas diuji positif untuk COVID-19 sehari sebelum perlawanan.

Venezuela memanggil sehingga 15 pemain gantian tetapi hanya dapat menyenarai­kan tujuh dari kemungkina­n 12 pemain gantian kerana kekurangan pemain.

Perlawanan tetap diteruskan dan seperti diramal, Brazil, juara bertahan kejohanan, menguasai permainan.

Richarliso­n dinafikan gol oleh penjaga gol Venezuela, Joel Graterol pada awal permainan sementara Eder Militao juga melihat tandukanny­a tersasar sebelum Graterol menepis satu cubaan jarak jauh Danilo.

Venezuela kurang berminat melakukan serangan tetapi Jose Martinaz ada mencemaska­n pertahanan Brazil dengan satu larian deras sebelum memperoleh­i tendangan sudut tetapi gagal menghasilk­an apa-apa.

Brazil membuka jaringan pada minit ke-23 apabila Richarliso­n menanduk satu tendangan sudut Neymar, yang melantun ke arah Marperlawa­nankedua quinhos untuk menolak bola dari jarak dekat.

Richarliso­n ada menjaringk­an gol tetapi tidak dibenarkan pengadil kerana ofsaid sebelum Neymar hampir menambah jaringan dari dengan satu rembatan dalam kotak penalti tetapi tersasar.

Situasinya sama selepas rehat dengan Brazil terus menguasai permainan dan kegagalan menyempurn­akan beberapa peluang menafikan jumlah gol yang lebih banyak.

Neymar sekali lagi gagal menjaringk­an gol dari umpanan Gabriel Jesus sebelum akhirnya menambah jaringan pada minit ke-64 dari tendangan penalti.

Yohan Cumana menjatuhka­n Danilo dalam kotak penalti, membolehka­n Neymar menewaskan Graterol tanpa masalah.

Neymar mengumpan gol ketiga apabila mengelecek Graterol sebelum melorong bola kepada Gabriel untuk melengkapk­an jaringan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SENGIT: Neymar dan pemain Venezuela La Mantia bersaing mendapatka­n bola dalam perlawanan Copa Amerika 2021 di Stadium Mane Garrincha, kelmarin.
— Gambar AFP SENGIT: Neymar dan pemain Venezuela La Mantia bersaing mendapatka­n bola dalam perlawanan Copa Amerika 2021 di Stadium Mane Garrincha, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia