Utusan Borneo (Sabah)

Petugas media ke Sukan Olimpik Tokyo terima suntikan vaksin semalam

-

PUTRAJAYA: Petugas media yang terlibat membuat liputan Sukan Olimpik di Tokyo menerima suntikan vaksin COVID-19 bermula hari ini, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata 38 pengamal media sukan yang terlibat dijadualka­n menerima suntikan vaksin dos pertama di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur semalam.

“Bagi petugas media yang telah mendapat suntikan dos pertama vaksin AstraZenec­a, Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) akan mengatur janji temu dos kedua mereka supaya mereka sempat melengkapk­an perlindung­an mereka sebelum berlepas,” katanya.

Sukan Olimpik Tokyo dijadual berlangsun­g pada 23 Julai hingga 8 Ogos.

Dalam sidang media perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di sini semalam, Khairy berkata sebanyak 700 janji temu telah diberikan kepada petugas media di seluruh negara untuk dos pertama vaksinasi COVID-19 dan lebih banyak janji temu dikeluarka­n dalam minggu ini.

“CITF perlu mengimbang­i keperluan vaksinasi buat rakan-rakan media kita, dengan keperluan imunisasi untuk warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan komorbid yang turut diutamakan dalam

Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,” katanya.

Rabu lepas, seramai 98 pengamal media mula menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Dewan Seroja di Putrajaya, diikuti 123 petugas media di Perak yang juga menerima suntikan dos pertama mereka dua hari kemudian. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia