Utusan Borneo (Sabah)

COVID-19: Kes baharu turun, catat 4,949 kes

-

KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu harian COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menunjukka­n penurunan apabila 4,949 kes dicatatkan berbanding 5,304 kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata perkembang­an terbaharu itu menjadikan angka kumulatif jangkitan di dalam negara berjumlah 662,457 orang setakat ini.

Selangor kekal negeri tertinggi kes harian iaitu sebanyak 1,523 orang diikuti Sarawak (744), Kuala Lumpur (503), Johor (430) dan Negeri Sembilan (323).

Selain itu, Sabah (273), Pulau Pinang (214), Kelantan (214), Kedah (199), Perak (136), Melaka (119), Labuan (113), Terengganu (86), Pahang (61), Putrajaya (10) dan Perlis (satu). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia