Utusan Borneo (Sabah)

Fasa 4 Program Imunisasi diaktifkan untuk kawal kluster tempat kerja

-

PUTRAJAYA: Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan melibatkan sektor ekonomi kritikal diaktifkan semalam, dalam usaha mengawal kluster tempat kerja, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata Fasa 4 itu yang merupakan fasa kawalan wabak, akan dimulakan di kawasan industri yang beroperasi semasa pelaksanaa­n sekatan pergerakan penuh, sehingga 28 Jun ini.

“Fasa kawalan wabak ini melibatkan sektor ekonomi kritikal iaitu asas tulang belakang pembanguna­n ekonomi negara, dan ia perlu diterapkan secepat mungkin dalam kalangan industri, supaya kluster tempat kerja dapat dikawal,” katanya serta merujuk data COVID-19 semalam (13 Jun) di mana 11 daripada 15 kluster baharu direkodkan adalah kluster tempat kerja.

Khairy berkata, Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) akan menyelaras­kan pusat pemberian vaksin (PPV) Industri, bagi proses vaksinasi untuk sektor perkilanga­n.

“Selepas itu, PPV Industri akan dibuka kepada sektor lain seperti pembinaan, perladanga­n, peruncitan dan hospitalit­i secara berperingk­at,” katanya dalam sidang media perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di sini semalam, bersama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurut Khairy, sebanyak 30,000 dos vaksin disediakan untuk pihak industri pada bulan ini (Jun), tidak termasuk di Sarawak.

MITI pada Sabtu lepas berkata Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) bagi sektor pembuatan akan dilancarka­n sebagai Fasa 4 daripada Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan dengan vaksinasi akan dijalankan di premis kilang dan lokasi perindustr­ian yang dikenal pasti.

Sementara itu, Khairy berkata kadar keseluruha­n vaksinasi negara di bawah Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan merekodkan lebih 100,000 dos sehari.

Beliau berkata, purata dos yang diberi pada minggu lepas iaitu antara 7 hingga 13 Jun adalah 130,842 dos sehari, dan ini merupakan peningkata­n daripada purata 94,481 dos sehari pada minggu sebelumnya.

Dalam pada itu, Khairy memaklumka­n Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan VaksinCovi­d-19(JKJAV)akan mengagihka­n30,000dosvaks­in di Labuan, berikutan jumlah kes COVID-19 yang agak kritikal di pulau berkenaan.

Pada 7 Jun lepas, media melaporkan yang jumlah kes aktif COVID-19 di Labuan meningkat 63 kali ganda sejak awal bulan lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB: Khairy ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas menghadiri mesyuarat bersama Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama JAWAB: Khairy ketika sidang media mengenai perkembang­an Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas menghadiri mesyuarat bersama Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Kompleks F dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia