Utusan Borneo (Sabah)

PPV UMK sediakan kerusi roda, laluan serta bilik khas kepada OKU

-

BACHOK: Pelbagai kemudahan seperti kerusi roda, laluan khas dan bilik khas disediakan kepada orang kurang upaya (OKU) di pusat pemberian vaksin (PPV) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, untuk keselesaan golongan itu ketika mengambil vaksin.

Ketua Penyelaras PPV Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Dr Nurul Husna Abu Bakar berkata, sebaik OKU tiba di pusat tersebut, petugas sukarela terdiri daripada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta penuntut UMK, akan membantu mereka menggunaka­n kerusi roda dan ditempatka­n di laluan khas.

“Selepas pendaftara­n dijalankan oleh pengiring atau petugas sukarela, mereka (OKU) menunggu di bilik khas yang berhawa dingin, selesa dan lebih cepat, sebagai langkah inisiatif tambahan kepada kepada golongan ini.

“Kami juga memastikan kemudahan kerusi roda yang digunakan secara bergilir-gilir mencukupi, dan perjalanan semasa mengambil vaksin lebih cepat berbanding penerima normal, yang perlu melalui empat kaunter,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di PPV UMK di sini semalam.

Dr Nurul Husna berkata, sejak PPV tersebut dibuka pada 27 Mei lalu, hampir 15,000 penerima sudah mengambil suntikan vaksin termasuk warga emas, golongan OKU dan dewasa.

Sementara itu, Ketua Penyelaras Unit Laluan Rapid PPV UMK Dr Nazmi Shakri berkata, setiap hari bilangan penerima vaksin dalam kalangan OKU serta warga emas bertongkat di pusat tersebut sekitar 40 hingga 60 orang, dan kebanyakan mereka mendaftar melalui MySejahter­a.

“Kita merancang untuk mengadakan Program ‘Outreach’ OKU melibatkan 89 OKU dari tiga program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di Daerah Bachok. Program dirancang dilaksanak­an di Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bachok,” katanya.

Sementara itu, penerima suntikan vaksin OKU Drawi @ Md Arif Abdul Latif, 75, dari Kampung Kok Lintang Gunong berkata, kemudahan laluan khas tersebut melancarka­n perjalanan pengambila­n vaksin dan proses mengambil cuma mengambil masa antara 20 minit hingga 30 minit.

“Doktor juga memberikan taklimat ringkas kepada kami mengenai keperluan pengambila­n suntikan vaksin, gejala dan apa perlu dilakukan sekiranya ada selepas pengambila­n dos suntikan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia