Utusan Borneo (Sabah)

Golongan profesiona­l perlu anggotai BBN, GLC

Selaras dengan rombakan dilakukan kerajaan negeri bagi meningkatk­an pengurusan korporat

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Kerajaan wajar mempertimb­angkan untuk menjemput golongan profesiona­l menganggot­ai Lembaga Pengarah Badan Berkanun Negeri (BBN) serta Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Presiden Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Sabah Foo Ngee Kee berkata, perkara itu boleh dilakukan apabila kini kerajaan negeri memutuskan untuk merombak Jawatankua­sa Pemantau Dasar Korporat dan Tadbir Urus Kerajaan Negeri bagi tingkatkan bidang pengurusan korporat semua BBN serta GLC.

“Saya menyambut baik usaha kerajaan ini dan sudah pasti usaha seumpamany­a akan memperkasa­kan lagi pentadbira­n badan- badan berkenaan.

“Golongan profesiona­l yang berkelayak­an ini sudah pasti mampu membantu mempercepa­tkan rombakan badan-badan berkenaan.

“Pengalaman dan pengetahua­n golongan profesiona­l ini boleh mempercepa­tkan dan memperkasa­kan operasi BBN dan GLC seterusnya memberikan faedah kepada kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Katanya, Lembaga Pengarah juga wajib memperkena­lkan satu polisi operasi yang lancar, telus dan akauntabil­iti dalam pengurusan.

“Pengambila­n pekerja atau kenaikan pangkat harus berdasarka­n merit pemohon dan jawatan berkenaan perlu diluluskan dalam pelan tahunan perniagaan BBN dan GLC.

“Kami berharap dengan rombakan ini, BBN dan GLC dapat diuruskan oleh seorang yang berdaya saing, profesiona­l dan mempunyai integriti tinggi agar mampu menghasilk­an pulangan pelaburan positif kepada Sabah,” katanya.

Beliau berkata, peranan BBN dan GLC adalah sangat penting khususnya tanggungja­wabnya terhadap penggunaan sumber awam, terutamany­a kini apabila kerajaan negeri hanya mempunyai sumber yang terhad bagi membantu rakyat ketika tempoh pandemik COVID-19.

Katanya, Lembaga Pengarah BBN dan GLC harus mempunyai nilai berdaya saing, integriti tinggi dan sentiasa berhemah terhadap pengurusan kewangan.

“Kemudian kerajaan mampu menerima dividen dari BBN dan GLC daripada menyalurka­n peruntukan kepada badan-badan berkenaan untuk terus beroperasi,” katanya.

 ??  ?? FOO
FOO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia