Utusan Borneo (Sabah)

UMAT ISLAM SABAH DINASIHAT BERSABAR

Tahun kedua menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana norma baharu

- Oleh Vivi Olviana Najurus

TUARAN: Umat Islam di Sabah diingatkan agar sentiasa bersabar semasa berhadapan wabak berbahaya sesuai natijah kehadiran Aidiladha.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata demikian semasa menyempurn­akan Program Ibadah Qurban Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran di sini, semalam.

Katanya, tahun ini adalah kali kedua umat Islam seluruh dunia menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana norma baharu akibat pandemik COVID-19.

“Bagi kita umat Islam di Sabah, iktibar daripada Aidiladha menjadi panduan dalam menghadapi ujian besar asbab wabak yang menular.

“Aidiladha menatijahk­an erti kesabaran, dalam keadaan dan cabaran yang sedang dihadapi ketika ini, kita dituntut agar sentiasa bersabar, bersyukur, bermuhasab­ah diri, berlapang dada dan bersama-sama menempuhny­a,” katanya.

Beliau juga menasihatk­an agar rakyat Sabah meraikan Aidiladha tahun ini bersama keluarga di rumah masingmasi­ng dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

“Semoga Aidiladha tahun ini dapat memberikan manfaat dan kebaikan, terutamany­a dalam aspek memelihara hubungan kekeluarga­an seperti yang dianjurkan oleh Islam iaitu sifat saling memaafkan yang termasuk sebagai salah satu syarat maghfirah daripada Allah SWT,” katanya.

Program dijalankan bersama Menteri Pembanguna­n Luar Bandar merangkap ADUN Tamparuli Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Kewangan yang juga ADUN Dalit Jasnih Daya serta Pembantu Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai yang secara simbolik menyerahka­n lembu korban kepada Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superinten­dan Mohd Hamizi Halim di Dewan Jomo IPD Tuaran.

Turut hadir Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Abdul Kassim Razali.

 ??  ?? SUMBANGAN: Hajiji (dua kanan) bersama Jahid, Jasnih dan Joniston secara simbolik menyerahka­n lembu kepada Hamizi.
SUMBANGAN: Hajiji (dua kanan) bersama Jahid, Jasnih dan Joniston secara simbolik menyerahka­n lembu kepada Hamizi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia