Utusan Borneo (Sabah)

31 kampung di Tambunan diiktiraf

31 JPKK, 31 KK serta empat Pemaju Mukim Baharu akan dilantik dalam masa terdekat

- Oleh Yap Siong Han

TAMBUNAN: Sebanyak 31 buah kampung di daerah ini kini diiktiraf kewujudann­ya selepas sekian lama menunggu pengiktira­fan berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata, berikutan pengiktira­fan berkenaan, seramai 31 badan Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung (JPKK) dan 31 Ketua Kampung (KK) yang baharu akan dilantik.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tambunan itu turut mengumumka­n empat Pemaju Mukim Baharu akan dilantik mewakili setiap mukim yang ada di daerah ini.

Mengenai isu bencana alam yang berlaku kelmarin, Jeffrey Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, kerajaan negeri mempunyai peranan penting mengubah dan mencari jalan agar ada perubahan pada dasar kerajaan.

“Hampir 13 hingga 14 peratus kerosakan yang berlaku akibat daripada bencana alam disebabkan oleh perubahan alam semula jadi termasukla­h juga akibat daripada kesan pembalakan dan sebagainya.

“Bencana alam kita tidak boleh ramal dan tidak diketahui bila ia berlaku. Begitu juga sungai tidak boleh diluruskan kalau memang bengkok kerana itulah aliran semula jadinya,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan dua ekor lembu untuk Hari Raya Aidiladha kepada Masjid Daerah di sini, kelmarin.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, sudah tiba masanya kerajaan perlu melakukan perubahan.

Katanya, antara perubahan berkenaan ialah pemulihara­an alam semula jadi dengan mengurangk­an pembalakan. Bagaimanap­un, ia tidak bermaksud Sabah akan kehilangan sumber kewangan kerana penguranga­n pembalakan.

Beliau berkata, dengan mengubah dasar untuk mengurangk­an pembalakan dan berubah kepada dasar pemulihara­an hutan, kerajaan akan mendapat hasil yang lebih tinggi berbanding dengan pembalakan.

“Ini bukan bermakna pembalakan tidak boleh dilakukan sama sekali kerana ada kawasan-kawasan yang boleh dibalak seperti kawasan hutan yang telah ditanam semula dan tujuannya memastikan indsutri kayu-kayan tetap berjalan,” katanya

Beliau berharap melalui dasar pemulihara­an alam semula jadi, bencana banjir dapat diatasi.

 ??  ??
 ??  ?? SERAH: Jeffrey (kanan) menyampaik­an barangan keperluan kepada salah sebuah surau di Tambunan.
SERAH: Jeffrey (kanan) menyampaik­an barangan keperluan kepada salah sebuah surau di Tambunan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia