Utusan Borneo (Sabah)

Sambutan Aidiladha waktu pandemik bawa hikmah: Salleh

Bersama-sama fahami erti pengorbana­n dalam konteks ibadah korban

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Sambutan Aidiladha dalam masa pandemik membawa banyak hikmah penting terutama dalam menghayati erti ‘pengorbana­n’.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, ia merupakan peluang untuk merenung dan sama- sama memahami erti pengorbana­n dan ‘berkorban’ dalam konteks ibadah korban.

“Sempena sambutan Aidiladha tahun ini, saya ingin menyeru kita teruskan beribadah dengan bermurah hati dan ringan tulang untuk saling bantu sesama manusia kepada semua yang terkesan akibat pandemik tanpa mengira agama atau bangsa.

“Dalam keadaan mencabar sekarang, saya berpendapa­t semangat korban sebegini seharusnya juga dilihat sebagai ibadah dan usaha yang termasuk dalam contoh teladan pengorbana­n Nabi Ibrahim,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Salleh yang juga ADUN Usukan berkata, pada asasnya pengorbana­n ‘adalah kembali pada hakikat penyerahan segala sesuatu yang dianggap sangat berharga dan disayangi’.

“Sabar merupakan perkataan yang sering kita dengar, tapi ia memang susah untuk dilaksanak­an. Ia benar-benar memerlukan kita menguasai nilai kesabaran dalam diri masing-masing.

“Dalam Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 153, Allah SWT sendiri menyebut ‘Sesungguhn­ya Allah bersama orang-orang yang sabar’,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua untuk meneruskan amalan sabar.

“Saya yakin kesabaran akan membantu kita mengatasi semua ujian kita sekarang. Insya-Allah.

“Semoga setiap kesabaran dan pengorbana­n kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat hikmah, balasan dan reda Allah SWT,” katanya.

Sempena perayaan Aidiladha, Salleh dan keluarga mengambil kesempatan untuk memohon maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam, khususnya di kawasan DUN Usukan.

 ??  ?? SALLEH
SALLEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia