Utusan Borneo (Sabah)

OPPO Sabah buka bank makanan bantu rakyat

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: OPPO Sabah kini membuka bank makanan di seluruh negara khususnya di negeri ini dengan menyediaka­n barangan keperluan bagi membantu kelangsung­an hidup mereka yang memerlukan pada ketika ini.

Naib Presiden OPPO Malaysia Garry Gong berkata, pihaknya bersyukur kerana OPPO masih boleh bertahan dalam ketidakten­tuan yang berlaku dalam tempoh pandemik ini.

“Ini merupakan satu ‘ wake- up call’ bagi kami apabila mengetahui tentang peningkata­n keluarga di Malaysia yang memerlukan bantuan makanan.

“Jadi kami ingin samasama membantu sehingga keadaan kembali pulih seperti biasa. Kami juga mahu mengurangk­an bilangan keluarga yang kelaparan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, bagi meluaskan jangkauan bantuan makanan ini, OPPO turut bekerjasam­a erat dengan badan bukan kerajaan serta perbadanan yang dibentuk khusus untuk menyalurka­n bekalan makanan kepada keluarga atau individu memerlukan.

Katanya, sekiranya terdapat mereka yang memerlukan bantuan makanan, bolehlah datang ke kedai-kedai OPPO yang terpilih untuk mengambil bantuan berkenaan.

Lokasi dan tarikh bank makanan adalah Kota Kinabalu, Papar, Tuaran di Suria Telecommun­ication (19/7/2021 - 20/7/2021) No 14 Lot 31, Jalan Bunga Raya, 89608 Papar.

Imax Digital Marketing Sdn Bhd (21/7/2021 - 22/7/2021) Blok 1 No 1 (Bangunan Hotlink) Ground Floor, Pekan Tuaran 89208 Tuaran. Digi vcky (26/7/2021-27/7/2021) 1-0-10, Lot 20, Block B, Plaza Juta, Jalan Tuaran, Kampung Likas, 88400 Kota Kinabalu, Sabah.

B connect ( Inanam) (28/7/2021-29/7/2021) G1820, EG Mall Inanam, no 6,lot 28, Taman Perindustr­ian Bukit Emas, Mile 7.5, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu, Sabah. Sen Heng (Inanam) (30/7/2021-31/7/2021).

Ground Floor New Township, Lot A11-A13, Blok A, Lorong KK Taipan 1, Inanam, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.

Mobile Village (21/7/202122/ 7/ 2021) Lot 2 Blok B Tingkat Bawah, Bandar Sibuga Jaya, Batu 8, Jalan Labuk, 90000 Sandakan.

Cahaya Mobile (19/7/2021 - 21/ 7/ 2021) TB 33, Jalan Dunlob, 91000 Tawau, Linkway Shop 2 (23/7/202124/7/2021) TB 16561, Kilometer 1, Tingkat bawah, Lot 10, Kuhara Point, Jalan Kuhara 91000 Tawau.

Mobile Village (23/7/202124/7/2021), Lot 5, Blok E, Double Storey Shop, Bukit Garam Point, 90200 Kinabatang­an dan Saleha Communicat­ion III (30/7/202131/7/2021), Lot 3, Premis Perniagaan SECDOVEST Holding Sdn Bhd, Kg Paris Fasa 2 90200 Kota Kinabatang­an.

Untuk mengetahui maklumat lanjut boleh berhubung pada talian 016-8118432.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia