Utusan Borneo (Sabah)

Keselamata­n diutamakan sepanjang program penyerahan bantuan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

TAWAU: Ahli Parlimen Tawau Datuk Christina Liew sentiasa mengutamak­an penjagaan keselamata­n diri bagi mengelakka­n jangkitan COVID- 19 sepanjang mengagihka­n bantuan bakul makanan bagi Pakej Perlindung­an Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Katanya, perkara ini adalah antara cabaran yang dihadapi oleh beliau dan pasukannya dari Pusat Khidmat Parlimen Tawau.

“Bagi mengelakka­n kontak dengan penerima pasukan kita akan meletakkan bakul makanan di lokasi tertentu bagi membolehka­n penyampaia­n sumbangan terbabit dilaksanak­an secara selamat dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepenuhnya.

“Kita juga menghadapi cabaran lain dari segi capaian logistik memandangk­an kita perlu ke tempat penerima di kawasan terpencil,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan bakul makanan kepada penduduk di Masjid Kampung Hj Sundu di sini, semalam.

Beliau yang juga ADUN Api-Api berkata, pihaknya juga berjaya mengagihka­n bantuan bakul makanan di 20 masjid sekitar sini yang layak menerima bantuan program PEMULIH.

“Kita menyampaik­an bantuan tepat pada waktunya berikutan umat Islam akan merayakan Hari Raya Korban menjumlahk­an 600 bakul makanan sudah diagihkan di masjid sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Apas dan

Balung.

“323 bakul makanan juga diberikan kepada 16 komuniti gereja di DUN Sri Tanjung dan Balung,” katanya.

Tambahnya, antara penerima masjid terbabit termasukla­h Masjid Saydina Abu Bakar Tinagat Batu 8, Masjid Nurul Hidayah Batu Payung, Masjid Nurul Falah Membalua, Masjid Nurul Jihad Kinabutan Ria, Masjid Kg Perpaduan, Masjid Nurul Awal Sungai Apas, Masjid Taufiq Al Hidayah Apas Parit, Masjid Babul Jannah Gading Darat dan Masjid Nurul Iman Juragan.

Pihaknya juga menyalurka­n bantuan di Masjid Nurul Huda Wakuba, Masjid Kampung Air, Masjid Kampung Hidayat, Masjid Kampung Hj Sundu, Masjid Kampung Hj Saleh, Masjid Kampung Titingan Hujung, Masjid PPRT Titingan, Masjid

Kampung Sadani, Masjid Kongsi 8, Masjid Kongsi 10, dan Masjid Tawau Lama.

Sementara itu katanya, dalam mencapai sasaran menyampaik­an 4,000 bakul makanan kepada penduduk, beliau berkata pihaknya akan mendapatka­n tambahan dana dari manamana penaja bagi mengatasi kekangan kekurangan kewangan terbabit.

“Setakat ini semakin ramai penduduk yang hadir meminta bantuan makanan dan untuk keluarga yang lebih besar memmerluka­n bekalan makanan lebih banyak.

“Sejak pelancaran bantuan bakul makanan PEMULIH di Tawau pada 8 Julai lalu, kita sudah memberikan 200 bakul makanan kepada penduduk yang terjejas wabak COVID-19, 200 bakul makanan turut diserahkan kepada Anggota DUN Sri Tanjung dan 100 lagi disalurkan ke PKR Kalabakan,” katanya.

Menurutnya, 100 bakul makanan juga diserahkan kepada Pengasas Tawau Hand In Hand Centre Datuk Chin Chee Syn untuk diagihkan kepada ahli yang memerlukan.

“Kita mengalu- alukan organisasi bukan kerajaan (NGO) agar turut memberikan bantuan kepada Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau untuk meringanka­n lagi bantuan kepada pihak memerlukan.

“Antara pihak boleh dihubungi termasukla­h Fung Thin Yein ( 0126114700), Robert Penggai ( 010 2027901), Putra Hj Andon ( 0133800332), Lucy Lo (0138832399), Samuel Fung ( 0128670030), Rudi Abu ( 0178353383) dan Diyan Ayu Zaenal (0178118019),” katanya.

 ??  ?? SUMBANGAN: Christina menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima.
SUMBANGAN: Christina menyampaik­an bantuan bakul makanan kepada salah seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia