Utusan Borneo (Sabah)

Jafry kecewa pengagihan vaksin ke Sabah dilihat tidak adil

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Pengagihan Bekalan vaksin COVID-19 di Sabah perlu lebih adil dan seimbang dengan jumlah populasi penduduk Sabah layak untuk divaksin iaitu seramai 2,758,400 orang.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Ariffin berkata, beliau rasa kecewa dengan kerajaan pusat kerana dilihat tidak adil dalam pengagihan vaksin di negeri Sabah, sekali gus memperliha­tkan sistem pengurusan yang lemah.

Selain itu, beliau turut menggesa kerajaan pusat agar mempercepa­tkan pemberian bekalan vaksin dengan lebih telus berhubung perkara itu ekoran masih ramai rakyat Sabah yang sehingga kini masih tidak menerima janji temu.

“Sabah menjadi satu-satunya negeri yang jauh ketinggala­n dalam pemberian vaksin COVID-19 berbanding negeri lain.

“Sehingga 17 Julai 2021, pencapaian pemberian dos vaksin bagi negeri Sabah hanya 13.0 peratus yang melibatkan 358, 592 orang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi mencapai 40 peratus daripada populasi layak divaksinas­i, maka unjuran baki bekalan vaksin ke Sabah bagi bulan Julai sehingga pertengaha­n Ogos yang mesti diterima adalah sebanyak minimum 1,489,536 dos.

Katanya, hanya melalui proses vaksinasi yang mampu mempercepa­tkan pemulihan ekonomi di negeri itu.

Dalam pada itu katanya, kebergantu­ngan ekonomi Sabah terhadap sektor pelanconga­n adalah tinggi.

“Namun untuk membuka semula sektor pelanconga­n, kita perlu mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus rakyat di Sabah berjaya divaksin.

“Sekiranya imuniti berkelompo­k mampu dicapai menjelang Oktober depan, pastinya pelanconga­n domestik boleh membangun semula dengan pantas diikuti pembukaan sempadan negara sekali gus menerima kedatangan pelancong antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? JAFRY
JAFRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia