Utusan Borneo (Sabah)

Komitmen KESUMBA santuni masyarakat perlu dicontohi

- Oleh Yap Siong Han

KOTA KINABALU: Komitmen warga Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) dalam melaksanak­an pelbagai aktiviti menyantuni masyarakat wajar menjadi contoh.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk ChM. Ts. Dr. Taufiq Yap Yun Hin berkata, ini kerana mereka masih mampu menguruska­n masa untuk melaksanak­an aktiviti yang memberi manfaat tatkala sibuk dengan tugasan dan tanggungja­wab masing-masing.

“Kesibukan tugas hakiki sebagai penjawat awam, isteri, ibu dan guru dalam mendidik anak sepanjang tempoh pandemik tidak menjadi halangan dalam melaksanak­an aktiviti kemasyarak­atan bagi warga UMS dan juga masyarakat setempat.

“Pelbagai usaha yang digerakkan bagi menyantuni masyarakat jelas menunjukka­n iltizam dan kecintaan dalam perkara yang disukai akan mendorong terhadap pengurusan masa dengan efisyen bagi memastikan apa yang diingini akan diperoleh.

“Semoga usaha KESUMBA ini menjadi inspirasi masyarakat di luar sana,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) KESUMBA Kali ke24 yang berlangsun­g secara dalam talian melalui platform Cisco Webex.

Jelas Taufiq, aktiviti-aktiviti yang dilaksanak­an oleh KESUMBA mampu memberi impak yang positif sekali gus meningkatk­an produktivi­ti ahli serta memperkasa­kan kaum wanita itu sendiri.

“Selaras dengan tema Sambutan Hari Wanita pada tahun ini iaitu ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, diharapkan agar ahli KESUMBA akan sentiasa cekal, bersemanga­t dan kuat dalam mendepani apa jua cabaran yang mendatang.

“Ini adalah kerana anda merupakan sistem sokongan utama kepada suami dan anak- anak selain menjadi individu penting di universiti ini,” katanya.

Beliau berharap agar KESUMBA akan terus maju dan dapat merealisas­ikan matlamat penubuhann­ya, yang antara lain berusaha meningkatk­an imej dan nama baik universiti melalui jalinan kerjasama serta penganjura­n aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli.

Terdahulu, Yang Dipertua KESUMBA, Datin Dr. Amalina Abdullah menjelaska­n, sepanjang tempoh Ogos 2020 sehingga Julai 2021, KESUMBA telah melaksanak­an sebanyak 24 aktiviti, yang merangkumi aspek kesihatan sama ada dari segi kesihatan mental dan fizikal, kerohanian, pengurusan kewangan di musim pandemik, pengurusan keluarga juga penjagaan haiwan dan tumbuhan.

KESUMBA juga katanya sentiasa komited dalam penjaga kebajikan ahli. Malah keprihatin­an tersebut turut dipanjangk­an kepada warga

UMS, pelajar dan masyarakat setempat.

“Sejak pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020, KESUMBA telah melancarka­n KESUMBA CARE yang bertujuan untuk membantu mana-mana ahli KESUMBA yang memerlukan sumbangan sepanjang tempoh PKP

“Selain itu, KESUMBA turut menyalurka­n bantuan kepada golongan ibu tunggal dan anak orang kurang upaya (OKU), pelajar B40 dan rumah anak yatim,” katanya.

Amalina turut memaklumka­n sebanyak 91 penerima telah mendapat manfaat sejak KESUMBA CARE dilancarka­n termasuk ahli yang ditimpa musibah seperti banjir, sakit atau keluarga meninggal, serta sumbangan kepada eman ahli KESUMBA yang telah bersara.

“Justeru, diharapkan barisan Exco KESUMBA 2021/2022 yang bakal dilantik dapat menjadi satu pasukan yang kuat dan terus menjadikan KESUMBA sebagai salah satu kelab yang sentiasa berada dekat di hati ahli dan masyarakat sekeliling,” katanya.

Hadir sama pada MAT Kesumba secara atas talian Timbalan Yang Dipertua KESUMBA, Prof. Madya Dr. Suraya Sintang; Pengerusi KESUMBA Kampus Antarabang­sa Labuan, Loria Masidong; Pengerusi KESUMBA Fakulti Pertanian Lestari, Sandakan, Ruslili Norzaharah Hassan; dan pengerusi MAT, Muhajira Muchlis.

 ??  ?? BERSIDANG: Antara ahli KESUMBA yang hadir secara dalam talian dalam Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA Kali Ke-24 yang dirasmikan oleh Taufiq.
BERSIDANG: Antara ahli KESUMBA yang hadir secara dalam talian dalam Mesyuarat Agung Tahunan KESUMBA Kali Ke-24 yang dirasmikan oleh Taufiq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia