Utusan Borneo (Sabah)

Robert harap umat Islam patuh SOP sempena Aidiladha

- Oleh Kenneddy Corlleus

KENINGAU: Masyarakat Islam khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor dinasihatk­an supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sepanjang sambutan Aidiladha tahun ini.

Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Robert Tawik berkata, berikutan pertambaha­n kes COVID-19 di negeri ini, masyarakat perlu mengutamak­an pematuhan SOP bagi mengelak daripada tercetus penularan pandemik berkenaan.

Tambah beliau, sebarang SOP yang dikuatkuas­akan termasuk perkara-perkara yang tidak dibenarkan sempena sambutan Aidiladha kali ini perlu dipatuhi sepenuhnya memandangk­an sambutan perayaan sebelum ini telah mencetuska­n penularan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.

“Umat Islam perlu mengambil ikhtibar daripada perayaan sebelum ini yang mana ia telah mencetuska­n kluster-kluster baharu yang secara tidak langsung meningkatk­an kes harian di negeri ini.

“Justeru kita menasihati agar jawatankua­sa terlibat supaya mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengelak dan membendung penularan wabak pandemik COVID-19 sepanjang sambutan Aidiladha kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyerahka­n lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di tiga buah masjid di kawasan sekitar DUN Bingkor, kelmarin.

Antara masjid-masjid yang terlibat adalah Masjid Ukhuwah Apin-Apin; Masjid AlTaqwa, Keningau dan Masjid Nur Hidayah Pekan Bingkor.

Dalam pada itu, wakil Pengerusi Masjid Al-Taqwa Keningau Maidin Mursidi ketika ditemui pemberita menzahirka­n ucapan terima kasih kepada para peserta terutama wakil rakyat atas sumbangan lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha ini.

Jelas beliau, agihan daging korban itu akan dilaksanak­an pada hari pertama, kedua dan ketiga yang akan diagihkan kepada golongan asnaf yang telah dikenal pasti termasuk kariah serta masyarakat Islam di sekitar masjid itu.

 ??  ?? SERAH: Robert (dua kiri) menyerahka­n lembu korban kepada Masjid Al-Taqwa, Keningau.
SERAH: Robert (dua kiri) menyerahka­n lembu korban kepada Masjid Al-Taqwa, Keningau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia