Utusan Borneo (Sabah)

Kebenaran tunai solat sunat di masjid dan surau meriahkan Aidiladha

Walaupun dikekang SOP ketat dan jumlah jemaah terhad, semangat korban tetap sama

-

KUALA LUMPUR: Setiap kali tibanya 10 Zulhijjah, umat Islam di seluruh dunia pasti meraikan Aidiladha atau ada juga yang memanggiln­ya Hari Raya Korban sebagai memperinga­ti kisah pengorbana­n Nabi Ibrahim a.s.

Pada Aidiladha kali ini, umat Islam di Malaysia telah membuktika­n pengorbana­n masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 termasukla­h tidak merentas negeri bagi tujuan ziarah yang menjadi kelaziman setiap kali Hari Raya.

Walaupun tiada aktiviti ziarah, kemeriahan Aidiladha kali ini tetap dirasai apabila pihak berkuasa agama negeri masing- masing membenarka­n solat sunat Aidiladha dilaksanak­an di masjid dan surau mengikut SOP ditetapkan.

Di PERAK, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Diraja Ubudiah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar bersama kirakira 1,000 jemaah dengan diimamkan imam utama masjid, Badrul Husaini Baharudin.

Keberangka­tan tiba Sultan Nazrin pada 8.40 pagi disambut Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad dan turut hadir Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalath­rash Wahid.

Di TERENGGANU, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kampung Ladang, Kuala Terengganu.

Turut berangkat Yang Dipertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan adinda baginda Tengku Muhammad Mua’az .

Di PAHANG, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah AlSultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 bagi menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kekanda baginda Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah.

Turut hadir menunaikan solat yang dipimpin oleh imam satu Afif Aisar Ahmad ialah pimpinan kerajaan negeri diketuai Menteri Besar

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Usai solat, Tengku Hassanal berkenan berangkat ke pekarangan masjid bagi menyaksika­n ibadah korban seekor lembu dan seekor kerbau yang dikendalik­an mengikut SOP termasuk semua petugas penyembeli­han telah melakukan ujian saringan COVID-19.

Di PERLIS, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l dan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l menunaikan solat sunat Aidiladha di Dataran Istiadat Istana Arau bersama kirakira 300 jemaah anak-anak kariah Kota DiRaja Arau.

Solat sunat diimamkan oleh

Imam Besar Perlis Ahmad Sirajuddin Abdul Satar, manakala khutbah dengan tajuk ‘ Mencontohi Nabi Ibrahim Dalam Kehidupan’ disampaika­n oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dengan mematuhi SOP ditetapkan.

Turut hadir, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco Kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid mengajak semua pihak untuk terus berdoa agar COVID-19 dapat diatasi segera.

Sementara itu, di MELAKA, Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Mujid Kampung Durian Daun, Masjid Tanah bersama kira-kira 100 jemaah yang dipimpin imam satu, Hishamuddi­n Soleh.

Berikutan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) di seluruh daerah Seremban, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menunaikan solat sunat Aidiladha di kediaman rasmi bersama keluarga.

Di SARAWAK, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menunaikan solat sunat AidilAdha di Masjid Jamek di Petra Jaya di Kuching dengan jumlah jemaah dihadkan hanya 500 orang.

Ibadah korban turut ditangguhk­an di Sarawak tahun ini, selain ziarah raya, ziarah kubur, jamuan selepas solat, takbir dari rumah ke rumah, rumah terbuka dan tahlil selepas solat sunat turut tidak dibenarkan.

Di SABAH, tinjauan Bernama menyaksika­n bilangan jemaah masjid dan surau bagi solat sunat Aidiladha dikurangka­n kepada maksimum 30 jemaah atau yang mana lebih rendah selaras dengan SOP ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor ketika ditemui semasa program Ibadah Korban di Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran berkata walaupun sambutan Aidiladha pada tahun ini disambut secara sederhana dan kecil- kecilan, namun semangat korban tetap sama.

 ?? — Gambar Bernama ?? IBADAH KORBAN: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Solat Sunat Adiladha di Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar semalam.
— Gambar Bernama IBADAH KORBAN: Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Solat Sunat Adiladha di Masjid Ubudiah Bukit Chandan, Kuala Kangsar semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SOLAT SUNAT HARI RAYA: Sultan Mizan (kanan) mengaminka­n doa ketika berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika tinjauan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kampung Ladang Terengganu semalam.
— Gambar Bernama SOLAT SUNAT HARI RAYA: Sultan Mizan (kanan) mengaminka­n doa ketika berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama rakyat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika tinjauan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kampung Ladang Terengganu semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? NORMA BAHARU: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha dan menyertai ibadah korban di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, Kuantan semalam. Turut hadir Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
— Gambar Bernama NORMA BAHARU: Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (tengah) berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha dan menyertai ibadah korban di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, Kuantan semalam. Turut hadir Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia