Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasi promosi haji dan umrah hijau dilancar

-

KUALA LUMPUR: Dalam usaha memotivasi dan memberi inspirasi kepada jemaah haji memelihara alam sekitar ketika menunaikan ibadah Haji dan Umrah, sebuah Panduan Hijau dan aplikasi mudah alih dilancarka­n di London pada Isnin sempena hari Arafah.

Aplikasi itu dibangunka­n Global One, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpangkal­an di United Kingdom.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Dr Husna Ahmad, Panduan Hijau untuk Haji dan Umrah versi kedua ini muncul 10 tahun selepas versi pertama dilancarka­n di Assisi, Itali, di bawah naungan Alliance of Religion and Conservati­on.

“Pandemik COVID- 19 telah memberi kita semua ruang untuk merenung dan menilai sumbangan kita untuk membangun masyarakat yang lebih lestari berdasarka­n solidariti dan kasih sayang,” katanya.

Dilancarka­n secara maya manakala Pengasas dan Pengarah Inisiatif ‘Faith for Earth’ di bawah Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu ( UNEP), Dr Iyad Abu Moghli bertindak sebagai moderator.

Global One, adalah sebahagian daripada Ummah for Earth Alliance, menampilka­n panduan dan aplikasi untuk individu, masyarakat, kerajaan dan institusi bagi membolehka­n ziarah lebih hijau serta menggalakk­an kehidupan seharian yang lebih lestari.

Ini termasuk cadangan mengenai pengurusan sampah, pengangkut­an awam dan penggunaan tenaga untuk mengurangk­an kesan karbon semasa Haji dan Umrah.

Panduan Hijau tersebut antara lain memuatkan senarai semak untuk jemaah sebelum berangkat, semasa ketibaan dan setelah menunaikan Haji atau Umrah.

Ia turut dilengkapi panduan memilih produk dan perkhidmat­an, makanan dan minuman, penggunaan air dan memilih pakaian atau aksesori.

Aplikasi Hijau untuk Haji dan Umrah boleh didapati di Google Play Store dan App Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia