Utusan Borneo (Sabah)

PM Muhyiddin sertai 300 jemaah tunai solat Aidiladha di Masjid Negara

-

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara di sini bersama 300 jemaah.

Ketibaan perdana menteri yang berjubah putih pada 8.16 pagi bersama isteri Puan Sri Noorainee Abd Rahman, disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni.

Muhyiddin dan para jemaah kemudianny­a bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang dilaksanak­an dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan diimamkan oleh Ehsan.

Sementara itu, Ehsan ketika menyampaik­an khutbah Aidiladha bertajuk ‘Cabaran dan Pengorbana­n’ berkata Allah SWT telah menganuger­ahkan pelbagai kenikmatan kepada negara termasuk menyambut Aidiladha pada hari ini walaupun pandemik COVID-19 masih belum reda.

“Tetaplah bersyukur dan memuji Allah SWT kerana semua yang berlaku di atas muka bumi ini hanya Allah yang maha mengetahui. Pada tahun ini kita masih menyambut Aidiladha dalam suasana yang mencabar dan kawalan pergerakan yang masih lagi diteruskan berikutan bilangan kes harian yang masih tinggi dan tidak menentu. Jagalah diri dan kesihatan,” Beliau berkata walau apa pun berlaku, Aidiladha tidak boleh kehilangan makna dan inti patinya.

Khutbah itu turut mengingatk­an para pemimpin supaya menumpukan sepenuh usaha dan tindakan dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

“Hentikan percakaran yang sia-sia dan bersimpati­lah terhadap rakyat,” katanya.

Ehsan juga menyeru para jemaah agar bersama-sama bermunajat kepada Allah SWT bagi memohon pertolonga­n supaya wabak dan musibah yang sedang melanda negara, diangkat.

 ?? — Gambar Bernama ?? PATUH SOP: Muhyiddin bersama Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendengar khutbah Aidiladha bertajuk ‘Pengorbana­n’ yang disampaika­n Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara semalam.
— Gambar Bernama PATUH SOP: Muhyiddin bersama Zulkifli Mohamad Al-Bakri mendengar khutbah Aidiladha bertajuk ‘Pengorbana­n’ yang disampaika­n Imam Besar Masjid Negara Ehsan Mohd Hosni selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia