Utusan Borneo (Sabah)

Duduk rumah, buat ‘ziarah maya’ sempena Aidiladha: Pengarah Kesihatan Kedah

-

ALOR SETAR: Rakyat di Kedah dinasihatk­an supaya duduk di rumah dan mengadakan aktiviti ‘ berziarah secara maya’ sempena sambutan Aidiladha hari ini sebagai langkah mengekang penularan COVID-19 di negeri itu.

Pengarah Kesihatan Kedah Dr Othman Warijo berkata pendekatan itu adalah sebagai salah satu usaha mengelakka­n kemunculan kluster baharu pada musim perayaan di negeri itu.

“Sempena hari raya ini, duduk sahaja di rumah dan jika mahu berhubung dengan ahli keluarga yang jauh mahu pun dekat, ia boleh dilakukan secara maya. Kita boleh manfaatkan teknologi yang serba canggih sekarang.

“Elakkan berkumpul beramai-ramai selain daripada ahli keluarga yang tinggal serumah dengan kita dan jangan menerima tetamu yang mahu datang berziarah ke rumah kerana kita tidak tahu sama ada virus berkenaan ada bersama,” katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama semalam.

Beliau berkata apa yang paling utama adalah dengan menjaga prosedur operasi standard (SOP) iaitu memakai pelitup hidung dan mulut, kerap membasuh tangan dan menjaga penjarakan fizikal.

Sementara, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man mengingatk­an rakyat negeri itu agar tidak leka dan alpa dalam menghadapi ancaman COVID-19 yang masih belum berakhir.

Beliau berkata setiap rakyat perlu terus berusaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dengan mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

“Sejak 1 Jun lalu, kita semua akur dengan pelaksanaa­n penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ termasukla­h Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang masih berkuat kuasa.—

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia