Utusan Borneo (Sabah)

Petugas PKRC MAEPS 2.0 terap aura positif dalam kalangan pesakit sambut Raya Aidiladha

-

SERDANG: Biarpun tidak dapat berhari raya di sisi keluarga, petugas barisan hadapan masih cekal menjalanka­n tanggungja­wab sambil menerapkan aura positif dalam kalangan pesakit COVID-19 di pagi Hari Raya Aidiladha.

Itulah usaha terbaik yang boleh dilakukan oleh petugas di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia ( MAEPS) Serdang bagi memenangka­n hati pesakit yang berjauhan daripada keluarga.

Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Dewan DG, PKRC MAEPS 2.0, Engku Mohd Nazri Engku Mansor berkata perasaan sedih mula bermain di fikiran pesakit apabila menjelang Hari Raya Aidiladha dan bertambah pilu ketika takbir raya.

“Memang amat sedih apabila berjauhan dan tidak berada di sisi keluarga ketika sambutan raya. Oleh itu, kita menyediaka­n juadah kepada pesakit supaya kerinduan untuk berkumpul bersama itu sedikit sebanyak dapat diubati dan sambutan itu dapat dirasai,” katanya kepada Bernama ketika tinjauan di PKRC MAEPS 2.0, di sini semalam.

Engku Mohd Nazri berkata sebagai bekas pesakit COVID- 19, beliau amat memahami perasaan murung serta kecelaruan fikiran dihadapi pesakit namun mereka boleh mendapatka­n khidmat kaunseling yang disediakan Kementeria­n Kesihatan bagi menyelami hati pesakit untuk berkongsi perasaan.

“Pesakit yang dihantar ke pusat kuarantin ini bingung di peringkat awal dan bertukar sedih dan risau selepas beberapa hari. Kita perlu pandai membaca emosi dan riak wajah sedih pesakit supaya tekanan emosi mereka ditangani serta mengubah suasana sedih itu kepada gembira,” katanya.

Beliau menasihati pesakit COVID-19 agar tidak sesekali lemah dan tunduk kepada virus COVID-19.

“Semangat kita kena kuat untuk melawan virus ini. Jika minda kita lemah, virus ini akan menekan dan sel badan akan berubah. Pendekatan saya ketika dijangkiti walaupun sedih pada mulanya tetapi saya bangkit semula hasil daripada perkongsia­n dengan pesakit yang pernah dirawat di pusat kuarantin sebelum ini,” katanya.

Engku Mohd Nazri berkata pesakit COVID- 19 tidak harus mengalah dan duduk diam malah perlu meneruskan aktiviti harian kerana kehidupan yang sihat akan dapat menangani kesan itu.

Ditanya persediaan mental dan fizikal petugas kesihatan dengan kes yang masih tinggi, beliau berkata anak buah di bawah seliaannya selalu diingatkan supaya perjuangan itu harus diteruskan kerana itu adalah tanggungja­wab.

“Teruskanla­h usaha... itulah peringatan kepada anak buah saya. Kita tidak boleh terduduk walaupun kes masih meningkat kerana ia adalah cabaran yang perlu diterima,” katanya dan menambah bahawa perasaan positif itu harus disulami aura positif.

Tinjauan Bernama pagi semalam di Dewan G MAEPS, mendapati kira-kira 50 pesakit COVID-19 menunaikan solat sunat Aidiladha seawal 8 pagi. Di dewan yang menempatka­n petugas barisan hadapan pula, alunan takbir raya berkumanda­ng dan bacaan doa dipimpin KOR Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Pbt Mohamad Faris Zaini.

Walaupun tidak meriah dan tidak kelihatan petugas berbaju raya, petugas diberi juadah rendang, nasi impit dan kuah kacang.

 ?? — Gambar Bernama ?? RUTIN: Pesakit COVID-19 mendengar khutbah solat sunat Aidiladha yang disampaika­n oleh imam dari kalangan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama RUTIN: Pesakit COVID-19 mendengar khutbah solat sunat Aidiladha yang disampaika­n oleh imam dari kalangan pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di Putrajaya semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERKONGSI KESEDIHAN: Petugas kesihatan menenangka­n pesakit COVID-19 Noor Azilah Shahlan, 47, yang sebak mengenangk­an pemergian suaminya pada Jumaat lepas kerana COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu 2.0 semalam.
— Gambar Bernama BERKONGSI KESEDIHAN: Petugas kesihatan menenangka­n pesakit COVID-19 Noor Azilah Shahlan, 47, yang sebak mengenangk­an pemergian suaminya pada Jumaat lepas kerana COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu 2.0 semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Pesakit COVID-19 adik Muhammad Adif Nazman, 13, menceritak­an pengalaman­nya menghidapi penyakit itu kepada pemberita di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu 2.0 di Putrajaya semalam.
— Gambar Bernama CERIA: Pesakit COVID-19 adik Muhammad Adif Nazman, 13, menceritak­an pengalaman­nya menghidapi penyakit itu kepada pemberita di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu 2.0 di Putrajaya semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia