Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai puas hati dengan perkhidmat­an vaksinasi pandu lalu

-

GEORGE TOWN: Orang ramai yang ditemui di pusat vaksinasi pandu lalu Hospital Pantai Pulau Pinang rata- rata dilihat berpuas hati dengan keseluruha­n perkhidmat­an yang disediakan pusat pemberian vaksin (PPV) hospital itu.

Ooi Geok Keow, 90, yang duduk di tempat duduk penumpang ditemani anak dan menantunya nampak ceria ketika ditemui di pusat berkenaan semalam.

Ooi yang tinggal di Sungai Ara memuji inisiatif yang disediakan di pusat pemberian vaksin COVID-19 itu kerana ia benar-benar mudah baginya, terutama dari segi pergerakan.

“Suntikan tidak sakit pun, dan saya tidak perlu keluar dari kereta untuk dapatkan suntikan dos kedua hari ini (semalam),” katanya kepada Bernama.

Seorang jurujual Mok Gaik Lean, 49, pula berkata beliau mendapat tahu mengenai perkhidmat­an pandu lalu itu apabila dihubungi oleh pihak hospital tiga hari lepas menerusi panggilan telefon dan diberi pilihan sama ada untuk mendapatka­n perkhidmat­an secara datang ke kaunter dewan atau pandu lalu.

Katanya beliau gembira dapat memilih untuk perkhidmat­an pandu lalu, kerana ia sememangny­a pantas, selesa, dan lebih mudah baginya untuk duduk sahaja di dalam kereta bagi mendapatka­n perkhidmat­an.

Sejumlah 23 orang menerima suntikan vaksin mereka menerusi perkhidmat­an pandu lalu hospital itu semalam, namun penyelaras Hospital Pantai Ganesh Rao berkata perkhidmat­an itu boleh dikembangk­an lagi untuk memberikan suntikan kepada 50 penerima tiap sehari tidak lama lagi.

Beliau berkata Hospital Pantai merupakan hospital swasta pertama di bahagian utara negara yang menyediaka­n perkhidmat­an vaksinasi pandu lalu, selepas diberi kelulusan oleh Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) untuk melaksanak­annya pada 12 Julai lepas.

Katanya 10 petugas kesihatan ditambah bagi menguruska­n perkhidmat­an vaksinasi pandu lalu itu, menjadikan ketika ini 60 petugas mengendali­kan pusat PPV setiap hari.

“Dengan tambahan perkhidmat­an vaksinasi pandu lalu ini, pusat PPV kami boleh memberi suntikan kepada 250 penerima setiap hari,” katanya.

Perkhidmat­an vaksinasi pandu lalu beroperasi dari jam 9 pagi hingga jam 1 petang setiap hari bekerja, manakala pusat PPV hospital dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia