Utusan Borneo (Sabah)

Polis nafi dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV BACC

-

KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan seorang lelaki mengatakan dirinya disuntik menggunaka­n picagari kosong ketika mendapatka­n suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC), di sini, pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata dakwaan berkenaan hanya salah faham dan individu itu telah disuntik dengan vaksin jenis Sinovac.

Beliau berkata siasatan mendapati individu berkenaan telah dihubungi oleh petugas di PPV itu dan diberi penerangan dengan jelas berhubung prosedur pengambila­n vaksin dan individu berkenaan berpuas hati dengan penerangan diberikan.

“Tiada laporan polis dibuat oleh penerima vaksin itu atau mana- mana individu berkaitan dakwaan hampir ditipu ketika menerima suntikan vaksin di PPV berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd Zaid laporan polis hanya dibuat pihak BACC kelmarin untuk menjelaska­n dan menafikan dakwaan individu berkenaan.

Mohd Zaid berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan siasatan mendapati ciapan di ruangan komen Twitter itu dibuat oleh teman wanita penerima vaksin itu yang menyebabka­n ia tular dan mendapat pandangan negatif daripada masyarakat.

Beliau turut menasihatk­an orang ramai supaya berhatihat­i dalam mengeluark­an apa-apa kenyataan ataupun ciapan yang belum dipastikan kebenarann­ya terutama bagi isu-isu sensitif seperti pemberian vaksin.

Dalam kes berasingan, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya telah memanggil petugas kesihatan dan saksi berkaitan untuk dirakam keterangan berhubung dakwaan individu disuntik dengan picagari kosong di PPV Pusat Pameran dan Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC) di sini, Sabtu lepas.

“Pihak kami ada menerima laporan dan petugas atau individu yang terlibat telah dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya dihubungi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia