Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu kereta sewa ditahan bawa tiga warga asing dalam but kereta

-

IPOH: Tindakan polis menahan pemandu kereta sewa yang berada dalam keadaan mencurigak­an membawa kepada penemuan tiga lelaki warga asing bersembuny­i di dalam but kereta itu di Sekatan Jalan Raya (SJR) Km 30 Jalan Feri, Hutan Melintang, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata pemandu kereta sewa jenis Perodua Bezza berusia 36 tahun itu diarahkan berhenti ke bahu jalan untuk pemeriksaa­n kira-kira jam 6 pagi.

“Pemeriksaa­n lanjut mendapati tiga warga Indonesia yang juga merupakan tukang kebun berusia antara 18 hingga 36 tahun dalam keadaan berhimpit di dalam bonet belakang kenderaan.

Kesemua tangkapan juga didapati tidak mempunyai sebarang dokumen surat rentas negeri yang sah manakala ketiga-tiga warga Indonesia itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan diri yang sah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalma.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu kenderaan itu dipercayai menjadi penghantar kesemua lelaki warga Indonesia berkenaan ke Batu Gajah dari Sabak Bernam, Selangor dengan bayaran seorang RM100 untuk mencari kerja sebagai tukang kebun.

Katanya pemandu itu kini direman selama empat hari manakala tiga tukang kebun berkenaan ditahan selama 14 hari berikutan tiada dokumen perjalanan sah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 55E dan Sek 6( 1)( C) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 16 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit ( Langkah- Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia