Utusan Borneo (Sabah)

Juventus tawarkan Ronaldo kepada PSG

Sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran pemain, Icardi musim panas ini

-

ROM: Kelab Juventus dilaporkan menimbangk­an untuk menawarkan Cristiano Ronaldo kepada Paris Saint Germain (PSG) sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran pemain dengan Mauro Icardi pada musim panas ini.

Ronaldo mempunyai baki kontrak satu tahun lagi dan berdepan dengan masa depan tidak menentu dengan jurulatih baharu kelab, Massimilia­no Allegri, difahamkan merancang rombakan besar-besaran skuad sebelum bermulanya musim baharu.

Menurut akhbar Perancis, L’Equipe, Ronaldo mungkin menjadi sebahagian dari rombakan itu dengan Juventus mahu menjual kapten antarabang­sa Portugal itu untuk mendapatka­n pemain yang sudah lama menjadi buruan mereka, Icardi.

Juventus sudah lama berminat dengan penyerang antarabang­sa Argentina itu tetapi gagal mendapatka­nnya pada musim panas lalu apabila pemain berusia 28 tahun itu sebaliknya menyertai

PSG.

Ia difahamkan bahawa ada klausa pelepasan dalam kontrak Icardi yang bermakna PSG perlu membayar Inter Milan yuran sekitar 12 juta pound jika mereka menjualkan­nya kepada kelab lain dalam Serie A. Laporan itu dikatakan menjadi faktor penghalang utama kepada penjualan kepada Juventus.

Kontrak semasa Ronaldo dikatakan bernilai 3.8 juta pound sebulan dan kerana masalah kewangan ekoran pandemik COVID-19, Juventus mungkin bergelut untuk menawarkan beliau kontrak baharu. Risiko kehilangan beliau tanpa yuran perpindaha­n akan berlaku jika gagal menandatan­gani kontrak baharu sebelum Januari tahun hadapan dan kerana itu kenapa perjanjian pertukaran dengan Icardi mungkin lebih menarik.

Icardi, yang menjaringk­an 13 gol dari 28 penampilan untuk PSG musim lepas, mempunyai kontrak sehingga 2024. Pada usia 28 tahun, beliau adalah lapan tahun lebih muda berbanding

Ron

aldo dan tidak melibatkan gaji yang terlalu besar berbanding Ronaldo.

Namun Ronaldo tidak kelihatan menunjukka­n sebarang penurunan prestasi. Beliau adalah penjaring terbanyak di Euro 2020 dan berjaya menjaringk­an 36 gol dalam 44 penampilan bersama Juventus musim lepas dan juga penjaring terbanyak Serie A dengan 29 gol.

Perpindaha­n itu mungkin menarik minat PSG, yang terdesak untuk memenangi Liga Juara-Juara.

Mereka sudah memiliki Neymar dan Kylian Mbappe dan kehadiran Ronaldo akan memberikan mereka jentera serangan paling berbisa di Eropah pada musim hadapan.

 ??  ?? RONALDO
RONALDO
 ??  ?? ICARDI
ICARDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia