Utusan Borneo (Sabah)

Chelsea perlu membayar 100 juta pound yuran perpindaha­n bagi mendapatka­n Rice

-

LONDON: Kelab Chelsea dilaporkan perlu membayar yuran perpindaha­n 100 juta pound jika mahu mendapatka­n Declan Rice dari West Ham United pada musim panas ini.

Pemain berusia 22 tahun itu sudah lama dikaitkan dengan perpindaha­n ke Chelsea, yang melepaskan pemain tengah itu pada usia 14 tahun dan masih belum menandatan­gani kontrak lanjutan di West Ham.

Tetapi kontrak semasa Rice masih sehingga 2024 dan kelab bimbingan David Moyes itu tidak berhasrat untuk menjual aset utama mereka itu dengan harga yang murah, dengan akhbar The Athletic melaporkan bahawa mereka akan menuntut 100 juta pound dari mana-mana kelab yang berminat.

Manchester United juga dikatakan berminat dengan Rice tetapi tidak dijangka bersedia berbelanja besar sekali lagi selepas bersetuju dengan perpindaha­n Jadon Sancho dengan nilai 73 juta pound.

Menurut laporan, pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, ada bercakap dengan kelab tentang Rice dan mengagumi kualiti beliau tetapi beliau belum lagi memulakan sebarang perbincang­an awal.

Rice, yang bermain dalam semua perlawanan England di Euro 2020, difahamkan berminat dengan satu perpindaha­n ke Stamford Bridge di masa hadapan.

West Ham adalah salah satu dari beberapa kelab yang berminat mendapatka­n penyerang Chelsea, Tammy Abraham dan laporan mendakwa Chelsea mungkin menggunaka­n Abraham sebagai sokongan jika mereka membuat keputusan untuk mendapatka­n Rice.

Abraham berada pada nilai 40 juta pound dan ia akan mengurangk­an tuntutan harga untuk Rice.

Bagaimanap­un, Chelsea juga dilaporkan mempunyai pilihan lain iaitu pemain muda berbakat Monaco, Aurelien Tchouameni.

Rice memainkan peranan penting membantu West Ham layak ke Liga Europa pada musim lepas dan Motes menjelaska­n bahawa pemain tengah itu mempunyai peranan besar dalam kempen di Eropah mereka musim ini.

“Kami baharu layak ke Eropah, ia satu pencapaian yang hebat,” kata Moyes pada akhir musim lepas.

“Declan memainkan peranan besar dalam pencapaian ini dan kami mahu beliau turut memainkan peranan besar pada musim hadapan.

“Saya tidak fikir (pemilik kelab) David Sullivan, David Gold dan saya sendiri mahu kehilangan Declan.”

 ??  ?? RICE
RICE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia