Utusan Borneo (Sabah)

Man United utamakan usaha dapatkan Varane sebelum beralih ke pemain lain

-

LONDON: Manchester United mahu mencari satu penyelesai­an kepada minat mereka terhadap pemain pertahanan kelab Real Madrid, Raphael Varane sebelum mengalih perhatian kepada sasaran lain untuk memastikan mereka kekal pada perbelanja­an perpindaha­n pada musim panas ini.

United semakin yakin dengan satu perjanjian untuk Varane selepas memulakan rundingan dengan perwakilan pemain antarabang­sa Perancis itu untuk terma peribadi.

Sebaik sahaja satu persetujua­n dicapai, mereka akan cuba memulakan rundingan dengan Real Madrid tentang yuran perpindaha­n tetapi sumber berkata baki dana United adalah terhad selepas membelanja­kan 72.9 juta pound untuk mendapatka­n Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.

Laporan di Sepanyol mencadangk­an Real hanya menerima yuran sekitar 50 juta pound untuk pemain berusia 28 tahun itu, yang memasuki tahun terakhir kontraknya tetapi ada cadangan di United bahawa walaupun nilai itu adalah tinggi, satu kompromi akan dicapai.

Kerana kekangan kewangan, United akan menilai apa yang diperlukan untuk mendapatka­n Varane – sasaran utama United pada musim panas ini – sebelum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan bidaan atau tidak.

Ada juga minat untuk mendapatka­n Kieran Trippier tetapi Atletico Madrid juga menuntut nilai pelepasan kontrak – 40 juta euro – dipenuhi.

Sumber juga menambah pemain baharu di posisi pertahanan kanan “tidak begitu penting” berbanding posisi lain terutama sekali di posisi pertahanan tengah.

Pemain tengah kelab, Rennes, Eduardo Camavinga, adalah sasaran lain yang dibincangk­an tetapi United menjangkak­an pemain berusia 18 tahun itu akan berpindah ke Sepanyol atau Paris Saint Germain (PSG) jika beliau mahu meninggalk­an Rennes pada musim panas ini.

United akan meningkatk­an persediaan pramusim minggu ini di kem latihan mereka di Hotel Pennyhill Park di Surrey. Pusat peranginan lima bintang itu sudah digunakan untuk kem latihan pasukan ragbi England dan akan menjadi lokasi untuk persediaan United menjelang perlawanan persahabat­an kedua menentang Queens Park Rangers (QPR) pada Sabtu ini.

 ??  ?? VARANE
VARANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia