Utusan Borneo (Sabah)

Sinovac dan Pfizer sama berkesan melawan COVID-19

Mampu mencegah penyakit yang teruk dan dimasukkan ke hospital

-

KUALA LUMPUR: Data perubatan mengenai penggunaan vaksin menunjukka­n vaksin Sinovac dan Pfizer sama berkesan dalam melawan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam catatan Facebook semalam, Dr Noor Hisham berkata pada 7 Julai, New England Journal of Medicine menerbitka­n laporan mengenai pengalaman Sinovac di Chile mulai Februari hingga Mei 2021 yang melibatkan 4.2 juta individu diberi vaksin sepenuhnya berbanding 5.5 juta penduduk yang tidak diberi vaksin.

“Sinovac didapati boleh mengurangk­an jangkitan COVID-19 sebanyak 65.9 peratus, mengurangk­an rawatan di hospital sebanyak 87.5 peratus, mengurangk­an jumlah pesakit ditempatka­n

Sinovac didapati boleh mengurangk­an jangkitan COVID-19 sebanyak 65.9 peratus, mengurangk­an rawatan di hospital sebanyak 87.5 peratus, mengurangk­an jumlah pesakit ditempatka­n unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 90.3 peratus dan mengurangk­an kadar kematian sebanyak

86.3 peratus.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan

unit rawatan rapi ( ICU) sebanyak 90.3 peratus dan mengurangk­an kadar kematian sebanyak 86.3 peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata ujian Pfizer sebaliknya yang melaporkan keberkesan­an 95 peratus adalah sangat kecil dan hanya menganalis­is 170 kes COVID-19 melibatkan sekumpulan lapan individu yang divaksinas­i dan 162 orang yang tidak divaksinas­i.

Oleh itu, beliau berkata tidak banyak perbezaan antara vaksin Sinovac dan Pfizer dalam penggunaan­nya.

“Kedua- duanya sangat berkesan untuk mencegah penyakit yang teruk dan dimasukkan ke hospital, tetapi kurang efektif untuk melawan COVID-19 bergejala ringan atau tanpa gejala,” tambahnya.

 ??  ?? NOOR HISHAM
NOOR HISHAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia