Utusan Borneo (Sabah)

Selangor sedia laksana sidang DUN secara hibrid jika keadaan memerlukan

-

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedia mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) secara hibrid sekiranya situasi COVID19 sukar dikawal khususnya dengan penularan varian baharu COVID- 19 dalam negara.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata jika terdapat keperluan bagi tujuan itu, beliau akan mengusulka­n pindaan akta atau enakmen atau meminda peraturan dewan yang berkaitan di awal persidanga­n secara fizikal supaya persidanga­n secara hibrid dapat dilaksanak­an secara sah.

“Selepas pindaan diluluskan, kita akan meneruskan sidang DUN secara hibrid dalam usaha kita untuk mengelakka­n perebakan COVID-19,” katanya kepada Bernama.

Amirudin berkata ujian saringan COVID-19 kepada yang akan terlibat dengan persidanga­n DUN bakal dijalankan dalam jangka masa terdekat selain hanya petugas sidang DUN serta pengamal media yang lengkap menerima dua dos vaksin sahaja dibenarkan bertugas di sana.

Dalam perkembang­an lain, Amirudin berkata kerajaan negeri juga selesai menjalanka­n satu sesi libat urus bersama Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) kerajaan serta pembangkan­g yang dijalankan secara webinar bagi membincang­kan perkembang­an inisiatif Pakej Kita Selangor.

Beliau berkata perbincang­an itu juga turut melibatkan kemungkina­n pindaan kepada belanjawan negeri terutamany­a jika melibatkan pertukaran peruntukan sesebuah agensi.

Media sebelum ini melaporkan Yang di- Pertuan Agong Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan pembukaan sidang DUN Selangor yang mula bersidang pada 23 Ogos hingga 6 Sept depan.

Menurut Amirudin, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah juga telah memberi perkenan baginda bagi tujuan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Selangor Ke-14 Tahun 2021 dan turut berkenan berangkat serta mencemar duli merasmikan Istiadat Pembukaan sidang DUN pada Isnin, 23 Ogos depan.

Sidang dewan kali ini mengikut format sidang biasa yang mempunyai sesi soal jawab dan perbahasan dan bukan sekadar sidang khas dengan kawalan tatacara pengendali­an piawai dan memfokuska­n kepada usaha kerajaan negeri menangani penularan wabak COVID- 19, katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia