Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif Gobok Rakyat Johor ringan beban penerima

-

MERSING: Golongan terkesan dengan pandemik COVID-19 di Johor mengakui pelaksanaa­n inisiatif Gobok Rakyat Johor telah membantu mengurangk­an beban kewangan mereka.

Seorang suri rumah hanya ingin dikenali sebagai Nina, 37, berkata sumber pendapatan­nya terjejas setelah hilang pekerjaan sejak hampir setahun lepas.

Ibu kepada tiga anak yang diberhenti­kan kerja pada September tahun lepas itu berkata mereka sekeluarga kini hanya bergantung kepada pendapatan suaminya sebanyak RM1,100 sebulan.

“Mujurlah kerajaan membenarka­n pengeluara­n i-Sinar... jadi sedikit sebanyak dapatlah menampung keperluan kami sekeluarga selain bantuan keperluan makanan ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.

Nina yang sebelum ini bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta berkata dia kini memfokuska­n menjaga anak-anaknya berumur antara empat hingga 10 tahun selain mengamalka­n kehidupan berjimat cermat.

“Nak cari kerja sekarang pun bukan senang, jadi saya fokus kepada anak- anak dulu, tambahan pula kini Pengajaran dan Pembelajar­an di Rumah (PdPR),” katanya yang tinggal di Bandar Mersing.

Seorang pembantu kedai makan dikenali sebagai Nor, 38, yang diberhenti­kan kerja kira-kira sebulan lepas, bersyukur dapat menjimatka­n perbelanja­an terutama menjelang sambutan Aidiladha.

Suaminya yang hanya bekerja kebun turut memanfaatk­an Bantuan Prihatin Nasional dan menggunaka­nnya secara berhemah.

Bagi peniaga makanan bungkus Kahalmiza Md Kundor, 44, dia mengakui pendapatan­nya terjejas apabila orang ramai kini lebih memilih untuk memasak sendiri berbanding membeli makanan di luar.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksana lebih setahun lepas, pek makanan yang dihantar ke kedai makan kurang mendapat sambutan.

“Sebelum ini banyak guru yang membeli apabila balik dari sekolah, namun sejak PdPR dilaksanak­an memang terasalah (kurang pendapatan). Oleh itu, bantuan keperluan makanan yang diterima ini dapatlah kurangkan beban kami sekeluarga,” katanya yang turut menjaga ibunya berusia 80-an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia