Utusan Borneo (Sabah)

Empat bilik asrama pelajar UUM terbakar

-

ALOR SETAR: Empat bilik asrama pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok di tingkat tiga bangunan asrama itu terlibat dalam kebakaran pagi semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.55 pagi, dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 13 minit kemudian.

Beliau berkata sebaik tiba di lokasi yang terletak sekitar 15 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, beberapa unit bilik asrama bangunan Kelas A didapati sedang terbakar.

“Terdapat 12 bilik keseluruha­nnya di blok berkenaan dan kebakaran hanya melibatkan empat bilik di tingkat tiga bangunan tersebut dan keluasan setiap sebuah bilik 24 x 18,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohamadul Ehsan berkata kejadian tidak melibatkan kemalangan jiwa, dan dua bilik didapati mengalami kemusnahan sebanyak 90 peratus, manakala dua bilik lagi terbakar 70 peratus.

Beliau berkata 13 anggota bomba termasuk pegawai terlibat dalam operasi pemadaman itu yang turut dibantu petugas dari BBP Jitra, manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Ahmad Bas h awi r A b d u l G h ani berkata pelajar yang terjejas dengan kebakaran itu ditempatka­n di penginapan baharu di blok berhampira­n.

Beliau berkata pihaknya akan memberikan bantuan wang tunai dan barangan keperluan asas bagi membantu meringanka­n beban pelajar yang terlibat dalam kejadian di Inapan Siswa ( Inasis) Maybank itu.

Katanya UUM juga akan membantu menguruska­n penggantia­n dokumen perjalanan yang musnah dalam kebakaran itu dan memberi sokongan kaunseling kepada mereka.

“Pihak universiti sentiasa menekankan pelbagai aspek keselamata­n termasuk kawalan kebakaran di semua bangunan seluruh kampus, dan memastikan ia memenuhi piawaian terkini yang ditetapkan pihak bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia