Utusan Borneo (Sabah)

Dr Radzi tinjau projek sekolah Labuan

Penyelengg­araan Dewan Mutiara dan Blok Pentadbira­n di SMK Labuan

-

LABUAN: Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin telah mengadakan lawatan kerja ke SMK Labuan pada 6 September lalu.

Lawatan kerja ini merupakan salah satu pengisian aktiviti sempena Sesi Libat Urus Menteri Kanan Pendidikan ke Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pengetua SMK Labuan, Ismail Abdullah berkata tujuan lawatan tersebut ialah untuk melihat perkembang­an projek-projek penyelengg­araan di SMK Labuan iaitu Dewan Mutiara dan Blok Pentadbira­n.

Pada masa yang sama, Dr Radzi juga meninjau persediaan sekolah sempena pengoperas­ian semula sekolah yang dijangka akan bermula pada awal Oktober depan.

Antara yang ditinjau ialah bilik darjah, kantin, tandas dan persekitar­an sekolah.

Penyelengg­araan Dewan Mutiara dan Blok Pentadbira­n berjalan lancar dan ini akan memberi lebih keselesaan kepada sesi pengajaran dan pembelajar­an kelak.

Ismail berkata, Blok Pentadbira­n mengandung­i Pejabat Am, Bilik Guru, Pusat Sumber Sekolah, Makmal Bestari dan Makmal Sains.

Bilik darjah dan persekitar­an sekolah memerlukan pembersiha­n berterusan kerana masih ada tempoh sebulan sebelum persekolah­an bersemuka dimulakan.

“Persiapan aspek- aspek pematuhan SOP dalam kawasan sekolah dan semasa penyuraian murid juga akan diberi perhatian.

“Ini untuk memastikan murid-murid dapat kembali sekolah dan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajar­an bersemuka dengan lebih selesa dan selamat,”katanya.

Sebelum mengakhiri lawatan, Dr Radzi sempat menandatan­gani kanvas kenangan sempena Sambutan 100 Tahun SMK Labuan.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah merakamkan ucapan setinggi- tinggi penghargaa­n kepada Menteri Kanan Pendidikan atas lawatan kerja tersebut.

“Pihak sekolah berazam untuk memastikan persiapan yang terbaik sebelum sekolah dibuka nanti dan juga memastikan proses pengajaran dan pembelajar­an akan berjalan lancar,”katanya.

SMK Labuan mempunyai 126 orang guru dan 1,729 murid Tingkatan Satu hingga Tingkatan Enam.

Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM), Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datin Sri Hajjah Nor Zamani Abdol Hamid, Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPM, Raisin Saidin dan Pengarah Jabatan Pendidikan WP Labuan, Yusup Mohamad.

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbira­n, Zalina Zunkepely, PK Hal Ehwal Murid, Jamaliah Razali, PK Tingkatan 6 Saminan Sabtu dan PK Petang, Kitli Beka.

 ??  ?? LAWATAN: Dr Radzi (tengah) bersama pentadbir SMK Labuan (dari kiri Zalina Zunkepely, Ismail, Jamaliah Razali, Saminan Sabtu dan Kitli Beka.
LAWATAN: Dr Radzi (tengah) bersama pentadbir SMK Labuan (dari kiri Zalina Zunkepely, Ismail, Jamaliah Razali, Saminan Sabtu dan Kitli Beka.
 ??  ?? SYABAS: Dr Radzi menandatan­gani kanvas sempena Sambutan 100 Tahun SMK Labuan sambil diperhatik­an Ismail.
SYABAS: Dr Radzi menandatan­gani kanvas sempena Sambutan 100 Tahun SMK Labuan sambil diperhatik­an Ismail.
 ??  ?? KETIBAAN: Dr Radzi menandatan­gani buku pelawat sambil diperhatik­an Ismail.
KETIBAAN: Dr Radzi menandatan­gani buku pelawat sambil diperhatik­an Ismail.
 ??  ?? TINJAU: Dr Radzi (kiri) melawat persekitar­an sekolah SMK Labuan sambil diiringi Ismail.
TINJAU: Dr Radzi (kiri) melawat persekitar­an sekolah SMK Labuan sambil diiringi Ismail.
 ??  ?? TAKLIMAT: Dr Radzi mendengar taklimat daripada Pegawai JKR WP Labuan tentang penyelengg­araan Dewan Mutiara. Turut kelihatan Ismail (kiri).
TAKLIMAT: Dr Radzi mendengar taklimat daripada Pegawai JKR WP Labuan tentang penyelengg­araan Dewan Mutiara. Turut kelihatan Ismail (kiri).
 ??  ?? PENJELASAN: Ismail memberi penerangan kepada Datuk Dr Radzi (tengah) dan Datuk Yusran Shah.
PENJELASAN: Ismail memberi penerangan kepada Datuk Dr Radzi (tengah) dan Datuk Yusran Shah.
 ??  ?? PERHATIAN: Dr Radzi meninjau keadaan bilik darjah diiringi Ismail.
PERHATIAN: Dr Radzi meninjau keadaan bilik darjah diiringi Ismail.
 ??  ?? DEMI PENDIDIKAN: Ismail (kiri) mengiringi Dr Radzi meninjau persekitar­an Blok Pentadbira­n.
DEMI PENDIDIKAN: Ismail (kiri) mengiringi Dr Radzi meninjau persekitar­an Blok Pentadbira­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia