Utusan Borneo (Sabah)

Jabatan Air Sabah diminta atasi masalah bekalan di Sepanggar

-

KOTA KINABALU: Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) diminta mengambil tindakan serius mengatasi masalah bekalan air yang sudah berlanjuta­n sejak sekian lama khususnya di kawasan Sepanggar.

Ketua Bahagian Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Karambunai Kapitan Stephen Teo berkata, JANS perlu memberi penjelasan kepada orang awam sekiranya terdapat masalah menyebabka­n kelewatan tindakan.

“Masalah sekarang ialah penduduk mengajukan kesulitan bekalan air kepada kepimpinan negeri sedangkan pelbagai perbincang­an dan arahan sudah dilakukan,” katanya.

Stephen yang juga Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Industri Getah Sabah ( LIGS) berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yaakub Khan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karambunai.

Dalam kenyataann­ya, Yaakub kesal kerana isu bekalan air di Sepanggar kian meruncing meskipun beberapa perbincang­an dan arahan telah dikeluarka­n untuk mengatasi masalah air.

Jelas Yaakub, lawatan ke Loji Rawatan Air (LRA) Telibong bersama JANS juga sudah dilakukan untuk mencari jalan penyelesai­an namun masalah air tetap berterusan.

Stephen melihat masalah air boleh diatasi bersama di antara JANS dan kepimpinan negeri khususnya dalam memperoleh peruntukan kewangan serta tenaga teknikal yang diperlukan.

Menurut Stephen, Kerajaan Negeri Sabah yang diterajui Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat prihatin terhadap penyelesai­an masalah air di samping mempunyai hubungan langsung dengan kementeria­n berkaitan di Putrajaya untuk mendapatka­n sumber yang diperlukan.

 ??  ?? STEPHEN
STEPHEN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia