Utusan Borneo (Sabah)

Kehadiran Ronaldo cerahkan peluang MU menangi kejuaraan

-

LONDON: Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes percaya kehadiran rakan sepasukan antarabang­sanya dari Portugal, Cristiano Ronaldo akan meningkatk­an peluang pasukan untuk memenangi kejuaraan pada musim ini.

Fernandes membuat impak besar sejak tiba di Old Trafford pada Januari 2020 dari kelab Sporting Lisbon tetapi masih belum memenangi sebarang kejuaraan sejak perpindaha­n bernilai 68 juta pound.

United juga belum memenangi sebarang kejuaraan sejak Ole Gunnar Solskjaer menggantik­an Jose Mourinho sebagai jurulatih pada 18 Disember, dengan kejuaraan Liga Europa pada 2017 adalah kejuaraan terkini kelab.

Fernandes bagaimanap­un menyedari apa yang akan dibawa oleh Ronaldo - yang memenangi 33 kejuaraan sepanjang kariernya di United, Real Madrid dan Juventus - ke Old Trafford dan berasa yakin tentang peluang kejayaan di kelab.

Dia memberitah­u laman sesawang rasmi United: “Kami tahu keazaman cukup tinggi, semua orang tahu Cristiano sudah kembali.

“Semua orang berasa sangat yakin dan gembira dia kembali.

“Kami tahu apa yang dia boleh berikan dan fokus kami, seperti Cristiano, ialah untuk menang. Bersama-sama dengannya, kami tahu kami akan lebih hampir untuk memenangi kejuaraan.”

Paling hampir Fernandes untuk memenangi kejuaraan bersama United ialah di final Liga Europa musim lepas tetapi tewas dalam penentuan sepakan penalti kepada

Villarreal.

United mengharung­i musim panas yang ‘berjaya’ sebelum mendapatka­n Ronaldo apabila Jadon Sancho tiba dari Borussia Dortmund dan Raphael Varane dari Real Madrid.

Kehadiran Ronaldo berlaku selepas dia kelihatan akan menyertai Manchester City sebelum akhirnya kembali ke United selepas campur tangan bekas pengurus Sir Alex Ferguson.

Pemain berusia 36 tahun itu meninggalk­an United pada 2009 untuk mencipta karier gemilang di Real Madrid.

Ronaldo juga mempunyai rekod kejuaraan yang hebat pada penggal pertamanya di United, di Real Madrid dan juga Juventus.

Ronaldo dan Fernandes bermain bersama Portugal untuk kempen kelayakan Piala Dunia 2022. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? SANDARAN PASUKAN: Ronaldo tiba di Pusat Latihan Carrington di Manchester.
— Gambar AFP SANDARAN PASUKAN: Ronaldo tiba di Pusat Latihan Carrington di Manchester.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia