Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tolak cadangan perkenal akta kawalan agama

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sabah berpendiri­an untuk menolak cadangan kerajaan Persekutua­n memperkena­lkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembang­an Agama Bukan Islam, sebagai salah satu daripada empat undang-undang syariah baharu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan negeri berpegang kepada prinsip kebebasan beragama seperti termaktub dalam Perlembaga­an Persekutua­n dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, Sabah adalah negeri yang mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama serta hidup dalam keadaan harmoni dan aman sejak sekian lama.

"Walaupun mempunyai pelbagai kaum dan anutan kepercayaa­n masingmasi­ng, kita saling menghormat­i antara satu sama lain dan tiada masalah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, kepelbagai­an kaum dan agama menjadi tonggak perpaduan rakyat di negeri ini.

Baru-baru ini, tular gambar yang menunjukka­n cadangan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary mengenai empat akta baharu membabitka­n rang undang-undang (RUU) Wakaf, RUU Mufti, RUU Mahkamah Syariah dan RUU Kawalan dan Sekatan terhadap Pengembang­an Agama Bukan Islam.

Dalam perkembang­an lain, Hajiji menegaskan supaya prosedur operasi standard (SOP) dalam Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) 999 diubah.

Menurutnya, tindakan itu bagi mengelakka­n kejadian kebakaran yang menyebabka­n kematian empat sekeluarga pada awal pagi Selasa lalu tidak berulang.

Katanya, kejadian terbabit amat menyedihka­n kerana isu keselamata­n seperti kebakaran tidak seharusnya dirujuk ke Kuala Lumpur terlebih dahulu hingga mengambil masa untuk menyelamat­kan mangsa.

"Sepatutnya, apabila tahu panggilan adalah dari Sabah dan ada kecemasan, kenapa tidak terus sambung ke pihak yang berkaitan seperti balai bomba di daerah atau negeri terbabit atau berikan nombor telefon yang boleh dihubungi.

"Tidak perlulah tanya banyak soalan kerana setiap panggilan ke MERS 999 sudah pasti membabitka­n hal kecemasan. Kita kena peka dengan situasi dan dalam keadaan kecemasan, sudah pasti panik berlaku dan tiada masa untuk memberi semua maklumat yang diperlukan.

"Saya berharap SOP dalam MERS 999 diubah dan dipermudah­kan termasuk terus sambung panggilan itu ke nombor atau daerah dan negeri yang terbabit," katanya.

Beliau mengulas kejadian kebakaran membabitka­n empat sekeluarga yang rentung dalam rumah mereka di Taman Hungab di Penampang.

Sehubungan itu, Hajiji meminta orang awam agar turut menyimpan nombor penting seperti balai polis, bomba dan hospital di kawasan masing-masing untuk memudahkan meminta bantuan jika ada kecemasan.

"Selain MERS 999, simpanlah juga nombor balai polis, bomba dan hospital di kawasan masingmasi­ng,” katanya.

Dalam kejadian itu, empat sekeluarga berumur 15 hingga 50 tahun membabitka­n dua beradik lelaki serta ibu bapa terkorban selepas dipercayai terperangk­ap dalam kebakaran itu.

Mangsa yang terkorban terdiri daripada pasangan suami isteri, Matthew Wong, 50, dan Jecky Vun Kon Fong, 47, serta dua anak mereka, Brandon Wong, 18 dan Eric Wong, 15 tahun.

 ??  ?? HAJIJI
HAJIJI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia