Utusan Borneo (Sabah)

Dua kes import baharu COVID-19 dikesan di Labuan

-

LABUAN: Dua kes import Jenis A COVID19 baharu yang dikesan pada Selasa (7 Sept) di sini sedang dianalisis sama ada berkait dengan varian yang membimbang­kan (VOC).

Jenis A adalah kes import membabitka­n warga asing manakala Jenis B membabitka­n kes dari luar Labuan tetapi dari dalam Malaysia.

Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata dua kes berkenaan melibatkan kru kapal asing yang pelabuhan terakhir mereka adalah negara di mana varian Mu dan Lambda COVID-19 dikesan.

“Satu daripada kes tersebut dikhuatiri boleh mencetuska­n jangkitan yang tinggi, jadi kita tidak ada pilihan terpaksa menghantar sampel untuk dianalisis ke Semenanjun­g,” katanya kepada Bernama semalam.

Dr Ismuni berkata dua kes berkenaan dikesan ketika pasukan petugas kesihatan swasta menjalanka­n saringan COVID-19 di atas kapal itu pada 6 Sept.

Beliau berkata susulan pengesanan dua kes tersebut, kesemua 28 kru telah diarah menjalani kuarantin di atas kapal.

“Kes tersebut dikesan ketika ujian saringan Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) mandatori yang dikuatkuas­akan ke atas kesemua anak kapal yang memasuki Labuan… ini merupakan kes import Jenis A pertama dikesan selepas varian Delta menyerang

Labuan menyebabka­n peningkata­n mendadak kes dan kematian harian COVID19,” katanya.

Dr Ismuni juga mendedahka­n terdapat lima kes import baharu membabitka­n kru kapal asing dikesan semalam dan sebahagian­nya juga akan dihantar untuk dianalisis.

Labuan mencapai 100 peratus populasi dewasanya lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19 pada Selasa lepas .

Wilayah Persekutua­n itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan merekodkan kes harian satu digit dan tiada kematian baharu sejak 35 hari lalu, manakala jumlah kematian kekal 149 setakat hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia