Utusan Borneo (Sabah)

303KG SYABU RM11J DIRAMPAS

Kejayaan terbesar dalam sejarah PDRM Sabah, lumpuhkan sindiket pengedaran dadah

- Oleh Hamzah Sanudin RAMPASAN: Idris (dua kiri) menunjukka­n syabu yang berjaya dirampas.

TAWAU: Polis merampas 303 kilogram syabu dianggarka­n bernilai hampir RM11 juta di kawasan Membalua, Batu 10, di sini, Isnin lalu yang disifatkan terbesar dalam sejarah Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri Sabah.

Rampasan tersebut hasil operasi bersama sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau kira-kira jam 7.30 malam.

Pesuruhjay­a Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, rampasan itu kejayaan terbesar PDRM Sabah melumpuhka­n sindiket pengedaran dadah di daerah ini.

“Dalam operasi itu, polis mendapati terdapat sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam keadaan mencurigak­an disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah di lokasi tersebut.

“Pasukan polis cuba membuat pemeriksaa­n ke atas kenderaan tersebut, namun suspek bertindak memecut untuk melarikan diri sebelum berjaya

ditahan di kawasan Batu Payung,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Sabah Asisten Komisioner Lam Thiam Huat dan Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas.

Idris berkata pasukan polis berjaya menahan pemandu terbabit seorang lelaki tempatan berumur 49 tahun disyaki pengedar dadah.

“Hasil pemeriksaa­n, polis menjumpai sebanyak 12 beg bagasi di bahagian penumpang dan belakang kenderaan tersebut.

“Pemeriksaa­n lanjut terhadap kesemua beg berkenaan telah menemui 290 bungkusan plastik teh cina berisi dadah jenis syabu dianggarka­n seberat 303.155 kilogram,” katanya.

Idris berkata siasatan mendapati dadah yang dirampas itu disyaki cuba diseludup keluar ke negara jiran dan jumlah dadah tersebut mampu menampung seramai

1.5 juta penagih sekali penggunaan.

“Saringan air kencing suspek didapati negatif dari sebarang jenis dadah dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

“Suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur

Jenayah selama tujuh hari dari tarikh ditangkap sehingga 15 September depan.

“Jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952, suspek boleh dihukum mati mandatori,” katanya.

Sementara itu, Idris menjelaska­n pihaknya masih menyiasat secara terperinci sindiket penyeludup­an dadah di negeri ini khususnya di Tawau.

“Siasatan awal mendapati dadah berkenaan dibawa masuk ke Tawau dari negara luar menggunaka­n

laluan laut.

“Justeru, polis tidak menolak kemungkina­n sindiket ini turut menggunaka­n pelabuhan yang ada di negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata polis juga mengambil tindakan menyita pelbagai aset suspek dianggarka­n bernilai RM152,284.57.

“Aset yang dirampas membabitka­n wang tunai RM5,000 semasa tangkapan, wang tunai RM22,000 di dalam rumah suspek, sebuah kenderaan bernilai RM30,000 dan wang dalam akaun RM95,284.57,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SIDANG MEDIA: Idris semasa sidang media di IPD Tawau.
SIDANG MEDIA: Idris semasa sidang media di IPD Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia