Utusan Borneo (Sabah)

Remaja warga asing ditahan ketika leka curi kulit tangar di tapak Ramsar

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki warga asing yang leka mencuri kulit tangar di tapak Tanah Lembap Berkepenti­ngan Antarabang­sa (Ramsar) Hutan Simpan Trusan Kinabatang­an berjaya ditahan dalam satu serbuan bersepadu.

Ketua Konservato­r Hutan Sabah, Frederick Kugan, berkata aktiviti suspek berumur 16 tahun dari Taganak, Filipina, itu dikesan melalui penggunaan ‘dron’ semasa pasukan serbuan melakukan pemantauan di sekitar lokasi terbabit.

“Sebaik mendapat maklumat penceroboh­an itu, kita melaksanak­an satu serbuan diketuai Penolong Pegawai Perhutanan Daerah Kinabatang­an Ajamain Alias bersama 20 kakitangan Pejabat

Perhutanan Daerah Kinabatang­an dengan dibantu kakitangan Pejabat Perhutanan Wilayah Sandakan.

“Hasil serbuan berjaya menahan suspek yang sedang asyik memunggah masuk kulit tangar ke dalam perahu jenis kecil dikenali sebagai ‘BogoBogo’ yang digunakan untuk mengangkut kulit tangar dari lokasi terpencil di tengah hutan bakau,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata turut dirampas semasa serbuan terbabit ialah kulit kayu tangar seberat lebih kurang 950 kilogram bernilai RM12,350.

“Pasukan serbuan turut merampas lapan khemah, sembilan perahu Bogo-Bogo, kelengkapa­n memasak, tiga gelen berisi beras, sembilan gelen berisi air, dua bilah kapak, tiga alat pengupas kulit tangar dan guni berisi pakaian yang dipercayai digunakan sepanjang menjalanka­n aktiviti mencuri kulit kayu tangar di kawasan berkenaan.

“Hasil siasatan juga mendapati kira-kira 170 pokok tangar ditumbangk­an membabitka­n keluasan dua hektar untuk mendapatka­n kulit kayu yang dirampas,” katanya.

Tambahnya pihaknya akan menjalanka­n operasi selanjutny­a yang akan disertai Pasukan Gerakan Am (PGA) dari Pos Mumiang bagi mengesan saki baki rakan sejenayah suspek yang berjaya melepaskan diri.

Katanya, suspek yang melakukan kesalahan mengikut Seksyen 30(1)(g) Enakmen Hutan 1968 iaitu memiliki barangan hutan (kulit kayu tangar) secara tidak sah bagaimanap­un sudah dituduh dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi proses pengurusan penghantar­an pulang ke negara asal.

Bercakap lanjut berkenaan kes ini, Frederick berkata lokasi Sungai Pitas, Sungai Inarab, Sungai Sugut, perairan Pulau Jambongan, Persisir Perairan Pulau Bangi dan Kuala Meruap adalah sasaran utama bagi pencuri kulit tangar rentas sempadan yang dipercayai berpangkal­an di negara jiran.

“Lokasi ini sangat padat dengan spesis kayu tangar yang mempunyai bahagian kulit yang sesuai dijadikan pewarna pakaian serta bahan campuran di dalam industri minuman.

“Modus operandi pencuri adalah menyelinap masuk secara haram di semua lokasi sasaran dan tidak dinafikan terdapat penglibata­n orang tempatan yang bertindak sebagai dalang didalam sindiket ini,” katanya.

Tambahnya lokasi kes pengambila­n kulit tangar terletak di dalam Tapak Lembangan Kinabatang­an dan Segama seluas 78,000 hektar iaitu salah satu tapak Ramsar paling luas di Malaysia dan menjadi perhatian seluruh dunia.

“Aktiviti mencuri kulit kayu tangar ini akan menjejaska­n nama baik Sabah khususnya dan Malaysia amnya sekiranya aktiviti seumpama ini tidak dibendung.

“Ekosistem Bakau di kawasan ini juga adalah habitat atau sumber pembiakan ikan yang penting untuk Sabah, gangguan habitat ini akan menjejaska­n potensi hasil tangkapan ikan nelayan tempatan disamping mengurangk­an kepelbagai­an diversiti flora di kawasan ini.

“Jabatan Perhutanan akan terus memperting­katkan penguatkua­saan dengan menambah keupayaan kakitangan termasuk menggunaka­n sepenuhnya Unit Khas Penguatkua­sa Jabatan Perhutanan atau “Protect Team” yang terlatih dalam pelbagai situasi jenayah perhutanan dan dilengkapi dengan kemudahan bot berkapasit­i tinggi untuk memudahkan lagi pengawalan kawasan hutan kita,” katanya.

 ??  ?? CURI: Perahu ‘Bogo-Bogo’ yang digunakan untuk mengangkut kulit kayu tangar dari lokasi terpencil di tengah hutan bakau.
CURI: Perahu ‘Bogo-Bogo’ yang digunakan untuk mengangkut kulit kayu tangar dari lokasi terpencil di tengah hutan bakau.
 ??  ?? BERNILAI: Kulit tangar bernilai RM12,350 yang dirampas daripada suspek.
BERNILAI: Kulit tangar bernilai RM12,350 yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia