Utusan Borneo (Sabah)

Manfaatkan program GLOPEC: KM

Saranan kepada usahawan IKS Sabah untuk tingkatkan pendapatan

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu lebih ramai usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) di Sabah menggunaka­n sepenuhnya inisiatif Program Global Entreprene­ur One Stop Centre (GLOPEC) bagi memaksimum­kan kaedah pemasaran produk sekali gus meningkatk­an pendapatan.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, kerajaan sedar sudah lebih setahun ramai dalam kalangan usahawan IKS di Sabah yang terjejas pendapatan akibat penularan pandemik COVID-19.

Katanya, pengwujuda­n GLOPEC bakal memberikan penekanan kepada aktiviti rantaian secara menyeluruh iaitu peningkata­n pengeluara­n, pengumpula­n hasil, pemprosesa­n dan pemasaran produk yang lebih sistematik untuk membantu membuka peluang kepada usahawan IKS Sabah ke pasaran antarabang­sa.

“Saya difahamkan GLOPEC akan berfungsi sebagai pusat penghubung yang akan berurusan dengan agensiagen­si terbabit dalam perniagaan serta pihak berwajib di pasaran yang dikenal pasti serta semua rangkaian pembekal dan pembeli barangan keluaran IKS Sabah yang terlibat dalam program ini.

“Diharap lebih ramai usahawan IKS di Sabah akan terbabit dalam GLOPEC ini. Saya amat tertarik dengan asas kerjasama ini kerana ia seiring dengan apa yang digariskan semasa menggubal hala tuju sektor pertanian, iaitu antara sektor utama dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Semoga Memorandum Perjanjian ( MoA) yang akan ditandatan­gani antara

Kumpulan Yayasan Sabah dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera ( TERAJU) bakal membuka jalan kepada produk keluaran Sabah yang dihasilkan usahawan IKS B40 dan M40 untuk dipasarkan ke peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarka­n Program GLOPEC di bawah Dana Pembanguna­n Usahawan Bumiputera di Menara Kinabalu di sini semalam.

Hajiji yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah turut berbangga dengan Kumpulan Yayasan Sabah yang sentiasa komited dan kreatif dalam membangunk­an inovasi perniagaan baharu dalam membantu usahawan IKS meneruskan perniagaan mereka.

Pihaknya turut berharap usaha itu menjadi contoh dan pendorong kepada agensi lain untuk memulakan inisiatif memajukan ekonomi negeri Sabah.

Menurutnya, Kumpulan Yayasan Sabah yang juga peneraju industri kraf di negeri Sabah, diharap terus gigih memastikan penglibata­n 100 peratus golongan usahawan tempatan dalam menghasilk­an produk yang berkualiti dan berdaya saing di pasaran.

“Usaha mengkomers­ialkan produk-produk kraf ini perlu terus diperkasak­an agar produk kraf terus mendapat perhatian pengguna, pembeli serta pelancong dari dalam dan luar negara.

“Saya yakin inisiatif ini bukan hanya memberikan manfaat kepada usahawan IKS dalam program kraf sahaja tetapi juga kepada semua peringkat perniagaan di Sabah,” katanya.

Menurutnya, selain melancarka­n Hala Tuju SMJ, kerajaan negeri menerusi Bantuan Sabah Prihatin ( BSP) 3.0 turut memperuntu­kkan sejumlah RM2.8 juta kepada Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian sebagai bantuan one-off RM300 kepada 9,600 penerima kategori usahawan mikro dan kotej yang terjejas akibat pandemik ini.

“Secara keseluruha­nnya, kerajaan negeri menyalurka­n kira-kira RM353 juta melalui BSP 1.0, 2.0 dan 3.0 untuk membantu penduduk yang terjejas di negeri ini akibat penularan pandemik COVID-19.

“Ini tidak termasuk bantuan bakul makanan untuk BSP 1.0 hingga 3.0 berjumlah RM115 juta,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Yayasan Sabah yang juga Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporatio­n Sdn Bhd Datuk Ghulam Khan Bahadar dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah Hanafiah Diman.

Pelancaran GLOPEC yang disiarkan secara maya itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU Malaysia Md Silmi Abd Rahman.

 ??  ?? MOA: Hajiji (tengah) bersama Ghulam (depan kiri) dan Hanafiah (depan kanan) selepas majlis MoA yang turut disaksikan secara maya oleh Abdul Latif (belakang tengah).
MOA: Hajiji (tengah) bersama Ghulam (depan kiri) dan Hanafiah (depan kanan) selepas majlis MoA yang turut disaksikan secara maya oleh Abdul Latif (belakang tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia