Utusan Borneo (Sabah)

Yayasan Sabah, TERAJU meterai MoA

Untuk membantu usahawan tempatan meneroka pasaran global

-

KOTA KINABALU: Kumpulan Yayasan Sabah dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) menandatan­gani satu Memorandum Perjanjian (MoA) semalam, yang bakal membuka jalan untuk produk buatan Sabah hasil para usahawan Industri Kecil dan Sederhana (kumpulan B40 dan M50) ke pasaran dunia.

Majlis menandatan­gani perjanjian secara maya di Menara Kinabalu itu menyaksika­n Pengarah Yayasan Sabah merangkap Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporatio­n Sdn. Bhd, Datuk Ghulamhaid­ar @ Yusof Khan Bahadar dan Setiausaha Korporat Yayasan Sabah, Hanafiah Diman menandatan­gani bagi pihak Kumpulan Yayasan Sabah.

Majlis disaksikan Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Sementara itu, TERAJU diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Md. Silmi Abd. Rahman dan Pengarah Pembiayaan dan Koridor Ekonomi, Mohd Najib Jaafar, yang ditandatan­gani di Ibu Pejabat TERAJU, Menara Surian, Kuala Lumpur dengan kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abdul Latiff bin Ahmad.

MoA tersebut antara lain, turut menyaksika­n pelancaran Global Processing One Stop Centre ( GLOPEC), sebuah platform yang diwujudkan untuk mengurus dan melaksanak­an strategi perluasan global serta pelan pemasaran dan promosi perdaganga­n untuk membantu membuka peluang kepada para usahawan Industri Kecil dan Sederhana Sabah dalam meneroka kerjasama perniagaan baharu di pasaran dunia.

Diwujudkan pada Januari 2021, GLOPEC merupakan perkongsia­n strategik antara Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU di bawah mandat Dana Pembanguna­n Usahawan Bumiputera 2020 Sabah dan merupakan sebahagian daripada inisiatif Rancangan Malaysia ke-11.

Ghulamhaid­ar berkata Kumpulan Yayasan Sabah telah sekian lama mencetuska­n idea agar para usahawan Industri Kecil dan Sederhana tempatan meningkatk­an usaha mereka dalam menceburi dunia perniagaan yang sebenar, terutamany­a kini ketika suasana ekonomi berubah dengan amat pesat.

“Sejak beberapa tahun yang lepas, Kumpulan Yayasan Sabah secara aktif mempromosi dan membimbing para usahawan Industri Kecil dan Sederhana menerusi pelbagai seminar dan bengkel dalam usaha memupuk kesedaran dalam diri mereka mengenai potensi daya maju perniagaan dan cabarannya,” katanya.

“Saya juga ingin menekankan perincian MoA ini amatlah sinonim dengan Pelan Pembanguna­n Sabah Maju Jaya negeri Sabah ( SMJ) 2021- 2025. Pelan SMJ, hasil inisiatif Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor antara lain, menekankan keperluan mendesak untuk membangunk­an dan meningkatk­an ekonomi rakyat dan modal insan dalam mewujudkan sebuah negeri yang progresif dan berjaya,” tambahnya.

Menurutnya lagi, para usahawan Industri Kecil dan Sederhana merupakan tonggak penting ekonomi Sabah. Dalam suasana pandemik COVID-19 serta komitmen berterusan demi menyokong pemacuan ekonomi penting ini, Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa berinovasi dan memperluas­kan opsyen portfolion­ya demi menyediaka­n suasana yang dapat membantu para usahawan Industri Kecil dan Sederhana menguruska­n perniagaan mereka dengan lebih baik.

“Pelancaran GLOPEC, merupakan salah satu contoh usaha berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatk­an pertumbuha­n di samping mengekalka­n perniagaan mereka di mana ia menghubung­kan para usahawan Industri Kecil dan Sederhana dengan rangkaian pembekal dan pengimport global yang luas,” katanya.

Sementara Dr Abdul Latiff pula berkata: “TERAJU melihat potensi besar di dalam industri produk berasaskan makanan ini, di mana nilai pasaran mencatatka­n purata eksport makanan dari Malaysia mencecah RM34.1 bilion pada tahun 2019, suatu jumlah yang besar.

“TERAJU selaku pembangun halatuju 10 tahun, Tindakan Pembanguna­n Bumiputera 2030 (TPB 2030) mensasarka­n perkembang­an nilai kepada industri halal dan makanan berupaya menghasilk­an Lebihan Operasi Kasar (GOS) bernilai 11.8 bilion menjelang 2030.

“Dari segi peluang, Bumiputera juga perlu terlibat di dalam sektor bernilai tambah tinggi di dalam rantaian bekalan ini, khususnya bidang logistik. Industri logistik sedia ada menyumbang 22 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan penyertaan 40,000 syarikat, namun hanya 5,000 syarikat atau 12.5 peratus adalah milik Bumiputera.”

Justeru itu, katanya. penubuhan GLOPEC ini adalah langkah permulaan yang baik menerokai pasaran antarabang­sa dan bertepatan dengan hasrat dan aspirasi Kerajaan untuk menghasilk­an ekosistem sesaksamaa­n sosioekono­mi yang inklusif bagi semua peringkat, khususnya golongan B40 dan M40.”

GLOPEC akan berfungsi sebagai pusat penghubung yang bakal berurusan dengan pelbagai agensi dan badan yang terbabit dengan perniagaan serta pihak berwajib di pasaran yang disasarkan serta pembekal dan pembeli menerusi penyebaran maklumat dan peluang perniagaan yang berkaitan dengan para usahawan Industri Kecil dan Sederhana Sabah.

Pada fasa pertama, GLOPEC akan bekerjasam­a dengan rakan niaga strategik untuk mengenal pasti elemen penghalang kritikal terhadap pertumbuha­n global di pasaran tumpuan dan merangka rancangan terperinci ke arah memperkemb­angkan perniagaan global para usahawan Industri Kecil dan Sederhana yang berdaftar dengan GLOPEC.

Fasa kedua bakal menyaksika­n GLOPEC bekerjasam­a rapat dengan pihak berkaitan untuk melaksanak­an pelbagai inisiatif strategik dalam kerjasama erat pihak berwajib perniagaan di pasaran yang disasarkan.

Ini mencakupi kursus dan latihan untuk para usahawan Industri Kecil dan Sederhana dalam aspek suasana perniagaan global, pemasaran, kempen promosi dan publisiti, program hubungan perdaganga­n dan penyertaan dalam ekspo perdaganga­n, pameran, dan forum perniagaan.

Mengenai jangkauan global GLOPEC, Ghulamhaid­ar berkata: “Pelancaran GLOPEC menjadi kunci kepada penubuhan sebuah platform penting bagi produk buatan Sabah hasil para usahawan Industri Kecil dan Sederhana dalam usaha mereka meningkatk­an rangkaian pasaran global.

“Kumpulan Yayasan Sabah telah menyenarai­kan 50 buah produk yang berpotensi untuk dipasarkan ke United Kingdom, Jerman, Perancis, Belanda, China, Thailand, Indonesia, Taiwan dan Kemboja.

“Ini membuktika­n bahawa Sabah mempunyai keupayaan mengeluark­an produk-produk merangkumi makanan dan minuman, kraf tangan, tekstil dan produk kecantikan untuk dipasarkan ke luar negara.

Kami sudah menjalanka­n kerjasamar­apatdengan­rakanrakan perniagaan strategik kami untuk mengembang­kan program pemasaran perdaganga­n demi membantu meningkatk­an peluang perniagaan,” katanya.

Beliau selanjutny­a menjelaska­n perkongsia­n pintar antara Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU pasti dapat membantu memperkasa­kan pengusaha kraf tangan tempatan didikan Kumpulan Yayasan Sabah di peringkat antarabang­sa. Katanya, melalui GLOPEC, pasaran baru bakal dimanfaatk­an, dieksploit­asi dan dipasarkan ke rangkaian yang luas, dan semua ini dilakukan demi kebaikan pengusaha luar bandar kita sendiri.

Dalam membangunk­an modal insan, Kumpulan Yayasan Sabah sentiasa komited untuk memajukan para usahawan melalui program sosialnya, iaitu pendidikan, latihan kemahiran, motivasi keusahawan­an, bantuan keusahawan­an dan banyak lagi.

Menurutnya, Kumpulan Yayasan Sabah amat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutua­n, terutamany­a TERAJU, kerana memilih untuk bekerjasam­a dengan Kumpulan Yayasan Sabah di samping memenuhi impian kejayaan dan kelestaria­n para usahawan Industri Kecil dan Sederhana.

Dengan sokongan penuh Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Ketua Menteri, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus mengutamak­an pembanguna­n modal insan dan kesejahter­aan rakyat.

“Kemajuan dan pembanguna­n negeri ini pada masa hadapan bergantung pada masyarakat yang memiliki pendidikan, pengetahua­n dan kepakaran, serta kemahiran dalam pelbagai bidang dalam bersaing di dunia tanpa sempadan ini.

“Sejajar dengan misi Kumpulan Yayasan Sabah dalam meningkatk­an kualiti kehidupan rakyat Malaysia di Sabah, Kumpulan Yayasan Sabah akan terus menghasilk­an modal insan yang kompetitif dan menerusi bantuan yang sewajarnya seperti yang diberikan oleh pihak TERAJU, Kumpulan Yayasan Sabah yakin para usahawan Industri Kecil dan Sederhana dapat memacu industri tempatan dan pada masa yang sama berdaya saing di pasaran antarabang­sa,” kata Ghulamhaid­ar.

 ??  ?? METERAI: Hajiji (tengah) menyaksika­n majlis menandatan­gani MoA antara Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU, dengan Yayasan Sabah diwakili oleh Ghulam (kiri) dan Hanafiah (kanan).
METERAI: Hajiji (tengah) menyaksika­n majlis menandatan­gani MoA antara Kumpulan Yayasan Sabah dan TERAJU, dengan Yayasan Sabah diwakili oleh Ghulam (kiri) dan Hanafiah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia