Utusan Borneo (Sabah)

Warga asing miliki kulit kayu tangar dipenjara tiga bulan

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seorang warga asing berumur 38 tahun dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen Sandakan selepas memiliki kulit kayu tangar di dalam Hutan Simpan Paitan, Pulau Jambongan.

Ketua Konservato­r Hutan Sabah, Frederick Kugan berkata tertuduh akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia sebaik sahaja selesai menjalani hukuman untuk urusan penghantar­an balik ke negara asal.

“Tertuduh ditahan semasa Operasi Bersepadu Khazanah yang melibatkan anggota Jabatan Perhutanan Sabah, Tiger Platoon Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Hidupan Liar Sabah baru-baru ini.

“Kita menghargai usaha dan merakamkan terima kasih kepada Komander Briged PGA Sabah atas segala kerjasama dalam membantu Jabatan menangani kecurian kulit tangar dalam Operasi Bersepadu Khazanah,” katanya.

Beliau berkata pihaknya juga berharap agar Pos PGA yang terletak di Tundun Bohangin, Kuala Mumiang dan lokasi lain akan terus menyalurka­n sokongan kepada kakitangan jabatan yang melaksanak­an rondaan di lokasi-m yang padat dengan pokok kayu tangar.

“Saya juga menyeru kepada masyarakat agar sentiasa menyalurka­n maklumat kepada Jabatan Perhutanan dan tidak sekali kali bersekongk­ol dengan penjenayah hutan.

“Untuk rekod keluasan bakau sabah adalah kirakira 300,000 hektar dan satu kawasan yang terbesar di Malaysia.

“Lokasi-lokasi ini terpencil dan berdekatan pantai yang mana isu keselamata­n sering menjadi kebimbanga­n,” katanya.

Beliau juga merakamkan merakamkan ucapan tahniah kepada Pegawai Perhutanan Daerah Kinabatang­an dan kakitangan yang bertindak pantas ke lokasi dan menggagalk­an misi pencuri kulit tangar.

Katanya, prosedur operasi piawai ini diharapkan akan diteruskan dengan memperketa­tkan kawalan sehingga penjenayah hutan rentas sempadan tidak memounyai ruang untuk melakukan sebarang salah laku serta jenayah curi di hutan bakau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia