Utusan Borneo (Sabah)

KPDNHEP pantau pergerakan harga ayam sepanjang masa

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil maklum berhubung kedudukan harga ayam di pasaran mutakhir ini.

Kementeria­n itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya memandang serius tentang kenaikan harga barangan keperluan asas harian pengguna seperti ayam dan telur berikutan ianya akan memberi impak terhadap kos sara hidup rakyat terutamany­a dalam fasa pemulihan negara.

“Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, harga barangan ditentukan oleh permintaan dan penawaran. Dalam fasa pemulihan dengan penutupan dan pembukaan sektor ekonomi, penyesuaia­n pasaran (market adjustment) akan berlaku bila terdapat lonjakan kuantiti penawaran dan permintaan.

“Dalam hal ini, kementeria­n sentiasa memantau pergerakan harga dan status bekalan demi kestabilan harga khususnya bagi barangan asas pengguna dengan memastikan tiada sebarang manipulasi harga atau pengambila­n untung tidak munasabah dalam kalangan peniaga.

“Hasil pemantauan bagi

Sabah mendapati harga purata ayam bersih standard adalah RM11.26 per kilogram (kg) dan harga paling tinggi adalah RM13.20 sekilo yang didapati di jual di sebuah premis di Sandakan, manakala harga paling rendah adalah RM10.50 sekilo dijual di Pasar Basah Umum Semporna dan Pasar Tanjung Tawau,” katanya.

Menurutnya, KPDNHEP akan terus memantau pergerakan harga ayam sepanjang masa dan mana-mana peniaga yang didapati mencatut atau mengaut untung tinggi yang tidak munasabah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 14(1) Akta Kawalan Harga dan Anti- Pencatutan ( AKHAP) 2011.

“Setakat ini KPDNHEP sudah mengedarka­n 291 Notis bertulis mengikut Seksyen 21, AKHAP 2011 yang dikemukaka­n kepada peniaga untuk mendapatka­n perincian maklumat berkenaan transaksi jualan, kos bagi mengesan aktiviti peningkata­n harga dan kesalahan mencatut.

“Seperti harga ayam, kementeria­n turut memantau pergerakan harga telur ayam di peringkat penternak dan pemborong, yang mana hasil analisis menunjukka­n berlaku kenaikan disebabkan berlaku peningkata­n kos di setiap peringkat pembekalan.

“Pemantauan dan pemeriksaa­n turut dilaksanak­an di peringkat makanan (dedak) ayam dan berlaku peningkata­n terhadap kos bagi bahan-bahan utama makanan ayam iaitu jagung, soya serta minyak sawit mentah berikutan bahan terbabit diimport sepenuhnya dari negara luar,” katanya.

Katanya, kementeria­n menyaranka­n kepada masyarakat pengguna dan peniaga agar sentiasa menggunaka­n aplikasi Price Catcher untuk mendapatka­n dan membuat perbanding­an harga barang keperluan, termasuk ayam serta telur di premis berdekatan bagi tujuan penjimatan dan pembelian yang terancang.

“Jika didapati ada manamana pihak yang menaikkan harga barangan terutama ayam dan telur, pengguna boleh menyalurka­n aduan dengan memberikan maklumat lengkap lokasi dan premis kepada KPDNHEP melalui saluran utama kementeria­n ini,” katanya.

Antara saluran itu termasukla­h Portal e-aduan. kpdnhep. gov. my, talian KPDNHEP 1800 886 800, Emel e-aduan@kpdnhep. gov.my, Aplikasi Ez ADU, Enforcemen­t Command Centre ( ECC) 03- 8882 6245 / 6088 serta aplikasi Whatsapp 019-2794317.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia