Utusan Borneo (Sabah)

‘Yob Atoi’ dipindahka­n ke Santuari Gajah Sungai Deka, Terengganu

-

GERIK: Seekor gajah jantan diberi nama ‘Yob Atoi’ yang dikesan merosakkan tanaman dan kebun penduduk di Kampung Lepang Nenering di sini dipindahka­n ke Santuari Gajah Sungai Deka, Terengganu semalam.

Pengarah Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak Yusoff Shariff berkata, operasi memindahka­n ‘ Yob Atoi’ yang dianggarka­n berusia dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun dengan berat kira-kira 1.5 tan itu bermula pada jam 9 pagi.

“Operasi pemindahan gajah liar itu membabitka­n kakitangan PERHILITAN Negeri Perak dan dibantu kakitangan dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan ( PKGK) Kuala Gandah, Lanchang, Pahang,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, Yob Atoi ditangkap pada kira-kira jam 10.30 pagi Isnin lepas susulan aduan yang diterima daripada penduduk kampung pada 22 Ogos mengenai gangguan kehadiran seekor gajah liar yang merosakkan tanaman dan berkeliara­n di sekitar Kampung Lepang Nenering.

“Yob Atoi dipercayai dari populasi kumpulan gajah di Hutan Royal Belum yang dianggarka­n dalam 45 hingga 50 ekor,” katanya.

Yusoff berkata, penduduk kampung dinasihatk­an agar sentiasa membersihk­an kawasan tanaman dan kebun supaya tidak dinaiki semak sebagai langkah untuk mengurangk­an kehadiran hidupan liar di kawasan berkenaan.

Katanya, orang ramai juga disarankan supaya lebih berhati-hati dan berwaspada jika terserempa­k dengan hidupan liar dan sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Perhilitan melalui hotline 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web.www.wildlife. gov.my. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia