Utusan Borneo (Sabah)

Pengguna Sabah ucap terima kasih kepada KJ

- Oleh Kenneddy Corlleus

KOTA KINABALU: Pengerusi Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan mengalu-alukan usaha Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) menambah bantuan untuk Sabah seperti diumumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini.

Katanya, rata-rata pengguna yang sedang dan dalam proses untuk melengkapk­an dos vaksinasi COVID-19 amat menghargai dan berterima kasih dengan bantuan berkenaan.

“Isnin lalu, semasa lawatan kerja KJ ( Khairy Jamaluddin) ke Sabah, banyak pengumuman menggembir­akan rakyat Sabah, terutama dari segi vaksinasi dan keperluan untuk menangani pandemik COVID-19.

“Ini termasuk usaha ‘mobile outreach’ yang akan dijalankan untuk mempercepa­tkan lagi proses pemberian vaksinasi kepada penduduk seluruh negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

David berkata komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan semua penduduk tanpa mengira status warganegar­a atau tidak untuk mendapatka­n dos vaksin COVID-19 lengkap adalah satu usaha berterusan yang wajar diberi kerjasama dan disokong.

“Tidak wajar jika ada pihak khasnya mereka yang antivaksin, menyebarka­n informasi tidak sahih tentang vaksin, menuduh kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan uji kaji dan banyak lagi yang kita boleh lihat di media sosial.

“Kita juga amat bersyukur kerana Menteri Kesihatan turut memberitah­u bahawa vaksin jenis CanSino yang merupakan vaksin dos tunggal akan diberikan kepada Sabah sebagai keutamaan dengan jumlah 300,000 dos dalam masa terdekat.

“Usaha ini pasti akan mempermuda­hkan pergerakan sukarelawa­n dan petugas yang bertanggun­gjawab untuk memberikan suntuikan vaksin kepada semua penduduk khasnya bagi mereka yang berada di kawasan terpencil,” katanya.

Sehubungan itu, David menyeru agar semua pihak untuk tampil mendapatka­n suntikan vaksinasi COVID19 kerana pada masa kini sudah banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dibuka untuk `walk-in.’

“Ambil peluang yang diberikan ini, hadir ke PPV jika temu janji melalui aplikasi MySejahter­a masih belum memberikan tarikh bagi anda menerima suntikan vaksin COVID-19.

“Kita mahu menjalani kehidupan kita seperti sediakala, dan untuk tujuan itu, kita mesti mendapatka­n vaksin COVID-19, membentuk perlindung­an imuniti berkelompo­k, lindung diri kita, orang sekeliling kita dan negara kita, sekali gus membentuk persekitar­an yang sihat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia