Utusan Borneo (Sabah)

Persiapan sambutan Hari Malaysia capai 80 peratus

-

KUALA LUMPUR: Persiapan sambutan Hari Malaysia 2021 yang akan diadakan pada 16 Sept depan di Pusat Konvensyen Antarabang­sa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, mencapai 80 peratus hasil kerjasama pelbagai jabatan serta agensi kerajaan di peringkat Persekutua­n dan negeri.

Timbalan Ketua Setiausaha ( Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif), Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Mastura Ahmad Mustafa berkata sambutan hari bersejarah itu merupakan kali kedua dilaksanak­an dalam suasana pandemik COVID-19.

“Kesemua ahli jawatankua­sa yang terlibat akan memastikan sambutan Hari Malaysia tetap berlangsun­g dengan meriah sebagaiman­a tahun- tahun sebelumnya, dengan mengikut saranan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Sama seperti Hari Kebangsaan, sambutan Hari Malaysia pada tahun ini tidak melibatkan kehadiran orang awam secara fizikal dan dilangsung­kan dalam skala kecil secara bersemuka dengan jemputan terhad serta terkawal,” katanya dalam rancangan Koresponde­n Bernama di Bernama TV.

Mastura berkata cabaran penganjura­n sambutan kali ini cukup unik memandangk­an negara masih berhadapan penularan COVID-19 dan pelaksanaa­n norma baharu di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun ia bukan halangan untuk rakyat memperinga­ti sejarah penubuhan negara tercinta.

Mastura berkata antara aktiviti yang dirancang ialah persembaha­n Malaysia Prihatin menampilka­n lima segmen menarik dipersemba­hkan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, antaranya Merdeka Negaraku, Jalur Perpaduan dan Warna-Warni Malaysia.

Selain itu, turut diadakan acara sambut tamu, ucapan dif-dif kehormat, menandatan­gani buku khas sambutan Hari Malaysia 2021 dan tayangan montaj Malaysia Prihatin.

“Orang ramai boleh menyaksika­n sambutan Hari Malaysia 2021 ini secara langsung di kaca televisyen dan platform media sosial,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia