Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan galak 70 vesel penangkapa­n ikan tuna beroperasi di Lautan Hindi menjelang 2030

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PULAU PINANG: Kerajaan menggalakk­an sehingga 70 vesel penangkapa­n ikan tuna berbendera Malaysia beroperasi di Lautan Hindi menjelang tahun 2030.

Ini adalah bagi membolehka­n kuota pendaratan ikan tuna oleh Malaysia di Lautan Hindi sebanyak 30 ribu tan metrik tercapai.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, walaupun negara dilanda pandemik COVID-19, kerajaan tetap memberi komitmen penuh dalam pengurusan tuna di pelabuhan.

“Bagi tahun 2021, sehingga Ogos, Malaysia telah merekodkan hasil pendaratan tuna sebanyak 58,550 tan metrik bernilai RM520 juta yang mana daripada jumlah tersebut sebanyak 42,232 tan metrik (72%) adalah dari jenis tuna neritik, 3,389 tan metrik (6%) adalah dari tuna oseanik dan 12,929 tan metrik (22%) adalah dari tuna-like species.

“Daripada jumlah pendaratan tersebut, pelabuhan Pulau Pinang telah menerima pendaratan tuna sebanyak 20 kali di mana sebanyak 1,301 tan metrik dieksport ke negara Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam,” katanya.

Tambah Ronald, di samping menggalakk­an vesel sedia ada untuk mendaratka­n tuna di pelabuhan-pelabuhan yang telah didaftarka­n, galakan kepada pengusaha tempatan untuk mencebur dalam industri tuna membuka peluang kepada pemilik Zon C2 dengan peralatan rawai atau pukat jerut yang berkelayak­an untuk mengoperas­ikan vesel di Zon C3.

“Bagi memastikan pembanguna­n industri tuna terus berkembang di negara ini, kerjasama di antara Kerajaan dan pihak swasta adalah amat penting termasuk pelaburan swasta bagi memastikan industri tuna di Malaysia dapat dimanfaatk­an oleh semua pihak.

“Kita harus mengambil peluang sebagai negara ahli Indian Ocean Tuna Commission (IOTC) untuk menghantar lebih banyak vesel perikanan menangkap ikan tuna di Lautan Hindi dan menggalakk­an lebih banyak vesel tuna mendarat di Malaysia.

“Kerajaan sentiasa berusaha untuk menaiktara­f kemudahan di pelabuhan untuk menarik minat lebih banyak vesel tuna tempatan dan asing masuk mendaratka­n hasil tangkapan mereka. Maka sudah pasti, peningkata­n fasiliti pendaratan dan pengendali­an tuna serta peningkata­n kemahiran pekerja yang mengendali­kan pendaratan dapat memastikan kualiti tuna terjaga dan sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta masa memunggah turut mampu dipendekka­n.

“Dalam hal ini, MAFI juga sedang memuktamad­kan cadangan pembanguna­n pelabuhan pendaratan tuna dan kompleks perikanan di Jeti Batu Maung, Pulau Pinang melalui kerjasama strategik pihak swasta yang akan dapat meningkatk­an kemasukan vesel tuna ke pelabuhan tersebut yang mampu melonjakka­n hasil pendaratan tuna di Malaysia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia